SEORANG wanita mendedahkan ditegur suami susulan tindakannya berkongsi gambar percutian mereka di sebuah pulau peranginan di media sosial.Jelasnya, teguran itu dibuat selepas keluarga mentuanya melihat foto tersebut dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada suaminya. "Mak mentua dapat tahu kami pergi bercuti. Mak perli cakap mereka satu keluarga tak ada pergi mana-mana sepanjang cuti sekolah sebab tiada siapa nak bawa.Meluangkan masa bercuti dengan keluarga merupakan impian semua pasangan. -Gambar hiasan AI"Laki kau kan ada? Anak bujang ramai boleh bawa! Kami nak berjalan sebagai keluarga kecil kami saja."Kalau kau nak ikut berjalan, ajaklah elok-elok. Tak payah sampai nak perli," luahnya dalam hantaran di media sosial.Bagaimanapun kata wanita itu, teguran suaminya membuatkan dia semakin terdorong untuk berkongsi lebih banyak gambar dan video mengenai kehidupan mereka di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dilabel kedekut tak izin kawan sekolah pinjam BMW 3 Series bawa balik kampung - “Kau tiada anak sebab tu susah faham!”ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik seret beg umrah melancong ke Perth jadi bahan ketawa... Paling sedih diejek orang Malaysia!"Kalau perangai macam ini memang tak ada mood nak fikir bab berjalan dengan keluarga mentua."Tak adanya aku nak berhenti post ikut pesanan suami. Lagi banyak aku nak post lepas suami cakap macam itu," katanya.Luahan wanita itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan sikap sesetengah ibu bapa yang suka mencampuri urusan rumah tangga anak mereka. Percutian dikongsi, suami pula kurang senang.Post percutian buat suami tegur isteri.Terkilan kerana niat hanya berkongsi momen bercuti dengan keluarga kecil sendiri.Teguran suami buat isteri makin nak post.Luahan wanita ini undang pelbagai reaksiRingkasan ini dijana oleh AI"Awak layan saja keluarga mentua sebagaimana mereka layan awak. Post lagi banyak di media sosial."Kenapa mentua belah suami selalu ada sikap macam ini? Tak faham aku apa yang ada dalam fikiran mereka."Cuba berlapang dada tengok anak lelaki bahagia dengan isteri," komen warga maya mengenai isu tersebut.