SESETENGAH orang suka tampil bergaya setiap kali melancong, lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke luar negara.Namun bagi yang lebih praktikal, aspek keselesaan, ketahanan, dan fungsi barangan jauh lebih utama berbanding mengejar rupa. Barangkali atas sebab itu, seorang wanita tidak menyangka bagasi daripada sebuah agensi umrah yang dibawanya ketika melancong ke Perth, Australia bersama kakaknya dijadikan bahan ketawa pasangan warga Malaysia di lapangan terbang tempatan.Segelintir individu gemar melaram barangan berjenama ketika menlancong. -Gambar hiasan AI"Kelakar ke kalau guna beg umrah pergi negara lain?"Masa dekat airport Perth, ada pasangan warga Malaysia ni gelak macam mengejek apabila aku dengan kakak aku lalu dekat mereka," katanya menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Diejek di sekolah sebab dapat bantuan RMT, cara si ibu 'psiko' pemikiran anak dipuji - "Kita bukan miskin"ARTIKEL BERKAITAN: Murid darjah 3 menangis diejek miskin, malu dihina rakan... Rupanya bukan kali pertama - “Tak apa cikgu, saya dah biasa kena”Menurut wanita berkenaan, jelingan tajam kakaknya akhirnya membuatkan pasangan terbabit menyedari perbuatan mereka lalu serta-merta terdiam."Kakak aku jeling la. Terus terdiam. Geram pula aku. By the way, beg umrah ni best kot. Tahan dan ringan," kongsinya lagi.Di ruangan komen, rata-rata warga maya tidak menganggap penggunaan bagasi daripada agensi umrah ketika melancong sebagai sesuatu yang pelik.Seorang wanita berkongsi pengalaman diketawakan pasangan warga Malaysia ketika bercuti di Perth, Australia.Ini kerana dia dan kakaknya menggunakan bagasi daripada sebuah agensi umrah.Bagasi itu dibawa kerana tahan, ringan dan praktikal untuk dibawa melancong.Ramai netizen mengakui turut guna beg umrah ketika bercuti ke luar negara.Menurut mereka banyak kelebihan bila guna beg umrah, antaranya mudah dikenal pasti.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, ramai berkongsi bahawa mereka juga gemar menggunakan beg berkenaan kerana daya tahannya dan praktikal untuk dibawa ketika bercuti."Saya bangga je. Beg ni tak semua orang mampu beli. Yang pergi umrah saja dapat beg ni."Saya suka, senang nak detect beg dekat baggage collection."Kami pun semua satu geng pakai beg umrah pergi negara lain," demikian antara komen netizen.