suria

Murid darjah 3 menangis diejek miskin, malu dihina rakan... Rupanya bukan kali pertama - “Tak apa cikgu, saya dah biasa kena”

Adab bergaul perlu dipupuk sejak kecil dalam membentuk generasi saling menghormati. -Foto hiasan

ANAK kecil ada kalanya berkelakuan luar batasan tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

Pada mata mereka mungkin hanya ingin bercanda tetapi ternyata ia boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih serius.

Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian di Twitter apabila seorang guru melihat anak murid mereka bergurau sebelum tercetusnya perbalahan.

murid

Murid harus diajar untuk menghormati antara satu sama lain. -Foto hiasan

Menurut guru itu, kejadian bermula apabila anak muridnya berbalas ejekan.

"Aku hampir menitiskan air mati tadi dalam kelas. Anak murid saya yang darjah tiga main ejek-ejek dan kemudian keadaan jadi semakin panas.

"Salah seorang daripada mereka terlepas cakap, dia sentuh sesuatu yang personal tentang kawan dia tu. Dia cakap budak tu miskin.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani label budak kampung lepas SPM ‘zero manners’, gadis Twitter teruk kena ‘basuh’ dengan netizen... “Ubah mindset awak yang kolot”

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok budak 5 tahun tunjuk samseng, aksi pijak kamera paling melampau! Netizen herdik ibu bapa tak reti jaga anak

"Terus menangis budak tu," kata guru tersebut yang tidak mendedahkan identitinya.

Memikul peranan sebagai pendamai, guru itu cuba menenangkan keadaan.

"Saya panggil budak tu untuk datang cakap personal dengan saya. Dia terus menangis. Dia cakap tak apa cikgu, saya dah biasa kena, saya okay je.

Tak dapat disangkal budak-budak sekarang memang mulut puaka.

WARGA MAYA

"Saya tak marah murid yang cakap dia miskin tu sebab walaupun keluarga dia lebih berkemampuan, tapi dua-dua salah dalam hal ni, dua-dua saling ejek-mengejek.

"Tapi saya keraskan sikit teguran dekat murid tu sebab ejekan yang dia bagi terlalu personal dan dia sendiri pun rasa bersalah," ujar guru itu.

Guru tersebut seterusnya membiarkan dua anak muridnya itu berdamai sambil diperhatikan olehnya.

"Saya biarkan mereka cakap antara satu sama lain dan sambil-sambil tu saya nasihatkan mereka.

"Tapi saya sebak betul apabila nampak budak tu menangis. Penat jadi guru ni sebenarnya, kita nak mengajar sahaja tapi memang akan terlibat secara emosi dengan anak murid.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Kita pun emosi jadi tak stabil," kata guru tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memahami perasaan anak murid yang diejek sebagai 'miskin' itu.

"Kita ingat kanak-kanak tak faham tapi mereka sebenarnya faham yang kata-kata boleh mengguris hati. Dan mereka sedar sebenarnya apa yang mereka cakap itu adalah salah.

"Tugas kita untuk mendidik mereka. Saya pun pernah berada dalam tempat seorang 'budak miskin', memang sakit hati kalau orang target yang itu.

"Tak dapat disangkal budak-budak sekarang memang mulut puaka. Sangat berseni dalam mematahkan hati.

"Kalau saya jadi cikgu tu, saya terus minta budak-budak tu tukar sekolah," kata sebahagian warga maya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain