suria

Laju sebut nama Lisa Blackpink, tapi tak kenal Tunku Abdul Rahman... Netizen terkejut Gen Z lemah sejarah negara

Ketiga-tiga gadis ini gagal menjawab soalan berkaitan tokoh negara.

SATU realiti yang pahit untuk ditelan apabila wujud segelintir generasi muda tidak mengenali tokoh negarawan yang banyak menyumbang jasa kepada Malaysia.

Ini dapat dilihat menerusi satu video eksperimen sosial (social experiment) yang dihasilkan seorang pengguna TikTok di sebuah pusat beli-belah yang tidak dinyatakan lokasi.

Menerusi rakaman itu lelaki berkenaan bertanya secara rawak kepada tiga gadis tentang nama personaliti yang terdapat di telefon bimbitnya.

Tangkap layar video yang tular.

Jawapan daripada ketiga-tiga gadis tersebut cukup mengejutkan ramai.

Menerusi soalan pertama, lelaki itu menunjukkan foto wajah artis Korea iaitu Lalisa Manobal atau Lisa daripada kumpulan Blackpink dan mereka berjaya menjawab dengan mudah.

Namun kesemua mereka tergagap-gagap ketika ditunjuk potret Perdana Menteri Pertama yang juga Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dari Malaysia terjumpa Jisoo dan Rose dalam penerbangan, permintaan bergambar ditolak secara baik

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun tak jumpa, ibu tak kenal disapa anak sendiri di KLIA2 sebab ada ‘perubahan besar’ - “Suara abang pun mak tak cam”

"Alamak tak kenallah bang. Tolong aku!" kata individu berbaju oren dalam video berkenaan.

Rakannya kemudian mendekati mereka dan cuba membantu rakannya untuk menjawab persoalan namun jawapan diberikan tetap salah.

"Tokoh kan? Apa nama ni... dalam buku teks Sejarah ada," katanya yang juga tidak mampu menjawab soalan.

Nampak macam kelakar, tapi sebenarnya menyedihkan betul.

NETIZEN

Lelaki itu sekali lagi cuba menguji pengetahuan mereka dengan memaklumkan Datuk Seri Najib Razak adalah individu dalam foto hitam putih berkenaan.

Kali ini mereka sekali lagi mengejutkan netizen apabila tidak menidakkan jawapan yang diberikan walaupun salah.

Hantaran tersebut mengundang rasa kecewa kerana apa yang dipaparkan dalam video berkenaan seolah-olah menggambarkan sikap keseluruhan generasi muda atau Gen-Z yang tidak menghargai sejarah.

Antara beberapa komen netizen.

"Sedihnya tengok anak muda zaman sekarang.

"Nampak macam kelakar kan, tapi sebenarnya menyedihkan betul.

"Nampaknya golongan muda sekarang tidak mengetahui tokoh-tokoh Sejarah memperjuangkan tanah Melayu. Mereka sanggup bermati-matian mendapatkan kemerdekaan," kata netizen dalam video tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain