suria

Hampir setahun tak jumpa, ibu tak kenal disapa anak sendiri di KLIA2 sebab ada ‘perubahan besar’ - “Suara abang pun mak tak cam”

Pertemuan abang sulung bersama ibu di KLIA2 selepas hampir setahun tidak berjumpa.

KEBENARAN untuk merentas negeri ternyata membuatkan mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung berjumpa keluarga masing-masing dapat menarik nafas lega.

Dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, Selangor, seorang anak dilihat melepaskan kerinduannya terhadap ibu tersayang

Segalanya bermula apabila si ibu didatangi seorang pengunjung di KLIA2 bertanyakan tentang waktu, tetapi individu berkenaan sebenarnya adalah anaknya sendiri yang tidak ditemui hampir setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu saat punca mak sakit kaki terbongkar! Anak bergegas ke tempat kerja hantar 'hadiah tak mahal', sayangnya tak boleh nak peluk cium

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terpinga dapat hadiah casing telefon, senyum di akhir cerita sebab boleh sambung main game 2 bulan tertangguh - "Gaji kami masing-masing terjejas"

Berkongsi detik penuh emosi itu, Sufiah Nazirah Mohamad Nasir berkata, ia merupakan kejutan yang dirancang oleh abang sulungnya yang berusia 44 tahun.

Wanita berusia 33 tahun itu memberitahu, kali terakhir abangnya yang lebih mesra disapa Alom pulang berjumpa ibu mereka adalah pada Disember tahun lalu.

"Abang saya menetap dan bertugas sebagai guru di Kuala Terengganu, Terengganu. Hampir setahun juga abang tak balik sejak larangan rentas negeri awal tahun.

"Kami semua enam beradik, lima daripadanya termasuk saya dan mak menetap di Sepang. Setiap minggu jugalah kami jumpa mak kecuali abang," katanya kepada mStar.

kejutan klia2 3

Ibu Sufi menetap di Sepang, Selangor.

Susulan kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober lalu, dia yang lebih mesra disapa Sufi memberitahu, abangnya merancang untuk pulang ke kampung di Sepang pada Jumaat lalu.

"Abang plan balik seorang saja, isteri dan anak-anak tak ikut. Pada hari berkenaan, saya dan kakak-kakak bawa mak berjalan-jalan di Sepang.

"Sehingga pukul 5 petang dekat waktu ketibaan penerbangan yang dinaiki abang, kami beritahu mak nak singgah ke KLIA2 sebelum balik untuk urusan servis telco sekejap," ujarnya yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu.

Walaupun mereka sering ke KLIA2 untuk tujuan servis berkenaan, namun Sufi mengakui ibunya pada mulanya keberatan dengan rancangan tersebut kerana mahu menunaikan solat Asar di rumah.

kejutan klia2 2

Sufi (hadapan, kanan) bersama ibu dan adik-beradik.

"Mak kata esok boleh pergi KLIA2 sebab hari Sabtu. Mak nak balik rumah sebab nak solat Asar. Kami pun beri alasan boleh solat di surau di KLIA2.

"Di KLIA2 selepas solat, kebetulan mak duduk di kerusi di balai ketibaan. Abang yang dah sampai dari Terengganu mula datang dekat dengan mak.

"Idea tanya pukul berapa tu secara spontan sedangkan abang pakai jam tangan ketika itu. Mak jawab, tapi tak perasan abang yang pakai sunglasses dan face mask," tambahnya.

Abang sulung je yang dah lama tak balik jumpa mak. Bila kami adik-beradik lain cerita pasal abang, mak yang mendengar jadi sebak. Mulalah drama air mata.

SUFIAH NAZIRAH MOHAMAD NASIR

Menurut Sufi, kejutan yang dirancang itu juga menjadi disebabkan berat badan abangnya susut sembilan kilogram (kg) dari 80kg pada Disember lalu kepada 71kg.

"Badan abang dulu memang besar. Perubahan 9kg itu mungkin buat mak tak perasan itu abang. Suara abang pun mak tak cam.

"Sehinggalah abang tanggalkan cermin mata dan face mask, baru mak terkejut dan menangis," kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

kejutan klia2 4

Transformasi abang Sufi dan kini berat badannya 71 kilogram.

Sufi yang merupakan penjawat awam berkata, ibunya yang juga nenek kepada 12 cucu amat sensitif dan mudah tersentuh setiap kali mendengar cerita berkaitan anak sulungnya.

"Abang sulung je yang dah lama tak balik jumpa mak. Bila kami adik-beradik lain cerita pasal abang, mak yang mendengar jadi sebak. Mulalah drama air mata.

"Mak sejuk hati nak ikut kami ke KLIA2 memang berbaloi sebab terubat dengan kejutan abang. Dah hampir setahun tak jumpa kan, akhirnya dapat lepas rindu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or