suria

Peminat dari Malaysia terjumpa Jisoo dan Rose dalam penerbangan, permintaan bergambar ditolak secara baik

Peminat teruja jumpa Jisoo dan Rose Blackpink.

BAGAI mimpi menjadi realiti, itulah yang dapat digambarakan oleh seorang peminat Blackpink apabila dapat bertentangan mata dengan Jisoo dan juga Rose secara depan.

Menurut pengguna laman Twitter, @hyunsukdaisuki dia berpeluang bertemu dengan Rose dan Jisoo yang kebetulan menaiki penerbangan kelas pertama yang sama dengannya.

Teruja dapat bertemu bintang kesayangannya itu, permintaan untuk bergambar bersama bagaimanapun ditolak baik oleh dua selebriti dari Korea Selatan itu.

"Saya baru tahu Rose dan Jisoo secara kebetulan duduk di hadapan saya di dalam kapal terbang. Apa yang saya dah buat dalam hidup saya sehingga dapat lihat mereka secara dekat.

787de938-14a5-45e4-98f9-48b4b2ebc318

Peminat teruja satu kapal terbang dengan Jisoo dan Rose.

"Saya ada meminta mereka untuk bergambar tapu malangnya mereka menolak tapi tidak mengapa kerana saya dapat memerhati mereka dengan mata saya," katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Hyunsukdaisuki berkata kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas namun memuji kebaikan Jisoo dan Rose.

"Saya tidak perasan ia adalah mereka dari awal sebab saya terus menutup mata saya selepas masuk ke tempat duduk saya. Hanya tahu apabila semua orang berdiri untuk keluar dari pesawat dan saya tak percaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat buat forum dedah bukti Rose Blackpink kekasih Kang Dong Won

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video cabaran TikTok, Lee Seung Hoon mengaku hutang Lisa Blackpink RM6.7 juta

"Jisoo sangat baik dia tersenyum dan ucap selamat tinggal semula, Rose sangat cantik. Tidak sempat ambil sebarang gambar semuanya berlaku dalam 5 saat," kongsinya.

Bukan itu sahaja, dia hanya sempat mengambil video selepas dua ahli Blackpink itu keluar dari pesawat.

Malah mengakui terkejut melihat gelagat peminat fanatik Blackpink yang mengejar Jisoo dan Rose.

00198378

Jisoo dan Rose tolak untuk bergambar dengan baik.

"Peminat saseng sangat menakutkan, mereka benar-benar belari mengejar mereka," ujarnya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet turut cemburu apabila pengguna Twitter berkenaan berpeluang bertemu Jisoo dan Rose di depan mata.

"Bertuahnya awak! Tolong turunkan ilmu awak sifu. Kalau aku ada dekat situ memang pengsan satu jam dengan kapal terbang itu.

"Ini kalau jumpa dia orang memang buka semua langkah tarian yang aku tahu," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain