suria

Zul Ariffin bakal tunai ibadah haji, berangkat ke Makkah 10 Jun 

Zul berdebar nak harung lautan manusia semasa menunaikan haji nanti.

PELAKON Zul Ariffin melahirkan rasa syukur apabila bakal menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada Jun ini.

Zul atau Zulkifli Ariffin, 37, berkata, dia sepatutnya berangkat lebih awal ke Tanah Suci Makkah namun terpaksa mengubah tarikh bertolak pada 10 Jun kerana terikat dengan komitmen penggambaran.

"Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.

"Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena 'laju' juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak," katanya.

Snapinsta.app_328164416_897539661692257_7367291371155711119_n_1080

Zul Ariffin bakal tunaikan haji pada Jun Ini.

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui di lawatan media filem Syerif di Lapangan Terbang Lama, Pengkalan TUDM pada malam Isnin.

Kata Zul dia menerima tawaran untuk menunaikan haji namun tidak pasti sekiranya ia melalui cara VIP (very important person) atau sebaliknya.

Jelasnya, dia menganggap tawaran tersebut sebagai durian runtuh memandangkan perancangan untuk berpuasa dan beraya dia sana sebelum ini tidak kesampaian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada malaikat atau syaitan”... Erma Fatima tanya Zul Ariffin ‘siapa suruh muat naik video itu?’

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Zul Ariffin bakal berhijrah ke Makkah, mahu mulakan perniagaan... “Sekarang dalam proses berpindah”

"Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.

"Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat.

"Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki," katanya lagi.

Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Ditanya mengenai perubahan selepas pulang menunaikan haji, Zul berkata hanya mengharapkan yang terbaik sahaja.

"Insya Allah, doakan. Cuma saya tak tahu kan dah tiba-tiba dapat rezeki," ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, Zul memgakui bimbang dengan dugaan yang perlu dihadapi di sana terutama orang ramai dan cuaca yang agak panas.

Snapinsta.app_336015950_115956281377509_7387453907629668878_n_1080

Antara babak Zul dalam filem Syerif.

Zul berkata dia juga terpaksa menunda beberapa projek kerana mahu mengambil kesempatan menunaikan haji pada kali ini.

"Saya sebenarnya ada projek tapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji. Kalau umrah saya mungkin dah tahu tapi haji belum lagi.

"Kita nak kena pergi awal, dengan ramai orang dan musim panas. Jadi saya terpaksa tunda projek yang kerana bimbang tak dapat beri komitmen.

"Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain