Percutian pasti akan terganggu sekiranya privasi dicerobohi pihak yang tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan AI
MUSIM cuti sekolah sememangnya menjadi waktu yang dinanti-nantikan ramai untuk meluangkan masa bersama insan tersayang.Ada yang memilih untuk pulang ke kampung halaman, tidak kurang juga mengambil peluang menempah hotel atau homestay bagi menikmati percutian serta merehatkan minda daripada kesibukan harian. Bagi keluarga yang ramai, homestay selalunya menjadi pilihan utama kerana ruangnya yang luas serta menyediakan kemudahan lengkap seperti berada di rumah sendiri.Namun, percutian yang diimpikan boleh bertukar menjadi pengalaman mengecewakan apabila berdepan situasi kurang menyenangkan, seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.Tetamu yang menginap di homestay perlu bertimbang rasa apabila menggunakan kemudahan bersama. -Gambar hiasan AIMenurutnya, pengalaman menginap di sebuah homestay selama tiga hari dua malam menjadi tidak seronok gara-gara sikap pemilik premis berkenaan yang terlalu menjaga tepi kain tetamu."Kita dah bayar duduk homestay tiga hari dua malam, boleh dikatakan hampir keseluruhan unit kami sewa sebab keluarga besar."Tapi start hari pertama duduk, owner tak habis-habis melilau kawasan homestay, semua benda tegur itu ini."Adakah memang polisi homestay macam ni sekarang? Owner duduk dalam kawasan yang sama dengan homestay ni," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk merana 65 peratus pemilik kondo buat homestay... Terpaksa hadap perangai manusia makan ayam dalam kolam!ARTIKEL BERKAITAN: Owner homestay sedar tetamu cantik, wangi tak semestinya bersih! Tak kisah rumah ditinggalkan kotor, bersepah cuma minta ‘pad’ cuci sendiriLebih membuatkan keadaan agak janggal, wanita itu mendakwa kawasan kemudahan homestay turut digunakan oleh keluarga pemilik pada hari pertama mereka tiba."Itu tak masuk lagi hari pertama kami check-in, kolam penuh dengan ahli kerabat owner mandi dalam kolam, buat makan-makan area homestay kami. Serius tak selesa, rasa ada CCTV 24 jam," ujarnya dalam hantaran di Threads.Keadaan tersebut, menurutnya, bukan berlaku sekali sahaja, sebaliknya didakwa berterusan sepanjang tiga hari mereka menginap di sana.Situasi itu akhirnya membuatkan percutian yang pada asalnya dirancang sebagai masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga dirasakan tidak begitu tenang.Seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menginap di homestay bersama keluarga.Pemilik didakwa kerap muncul dan menegur pelbagai perkara.Keluarga pemilik turut menggunakan kemudahan homestay.Keadaan itu membuatkannya berasa tidak selesa sepanjang tiga hari.Dia enggan mendedahkan nama homestay dan sekadar berkongsi pengalaman.Ringkasan ini dijana oleh AI"Datang nak healing, jumpa stres pula. Lepas ni kena double confirm la kalau nak booking lagi," katanya.Walaupun berkongsi pengalaman tersebut di media sosial, wanita berkenaan bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan nama homestay berkenaan.Katanya, perkongsian itu sekadar untuk berkongsi pengalaman kerana dia sendiri pertama kali berdepan situasi sedemikian sepanjang menggunakan perkhidmatan homestay.Di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat situasi yang dialami wanita berkenaan sememangnya menceroboh privasi tetamu yang datang menginap.Ramai yang menyarankan supaya tetamu lebih teliti sebelum membuat tempahan, termasuk mendapatkan kepastian mengenai privasi sepanjang tempoh penginapan agar tidak mengalami situasi serupa.