KAWASAN kejiranan yang tenang boleh bertukar menjadi 'haru-biru' apabila ia mula dibanjiri orang luar, terutamanya pada waktu hujung minggu atau musim cuti persekolahan.Situasi ini biasanya berlaku apabila ada pemilik rumah menyewakan kediaman mereka untuk dijadikan penginapan ala inap desa sehingga mengganggu ketenteraman penghuni. Menurut seorang pemilik unit kondominium, dia juga mengalami tekanan emosi dan gangguan berterusan apabila terpaksa berkongsi fasiliti bangunan kediamannya dengan orang luar.Ramai pemilik unit tidak suka apabila jiran menjadikan rumah mereka sebagai inap desa. -Gambar hiasan AI"Kawasan kondo saya ni bersepah dengan rumah sewa homestay. Terkejut bila tahu 65 peratus unit disewakan kepada orang luar. Rasa tertekan sangat."Niat nak guna gim dan kolam renang hujung minggu pun terbantut. Dah lah kolam tutup awal, rumah sewa orang luar tu pula bising gila."Sampai kena buat aduan dekat pengawal keselamatan... benda ni berlaku setiap minggu," dakwa wanita itu dalam satu hantaran tular di aplikasi Threads.Wanita dakwa ramai jirannya sewakan rumah untuk dijadikan inap desa.Dia tertekan apabila terpaksa berkongsi fasiliti dengan tetamu inap desa.Dia mendakwa ada tetamu membuat gangguan bunyi serta tak jaga kebersihan.Ada tetamu yang turut membiarkan anak mereka makan di dalam kolam renang kondo.Ringkasan ini dijana oleh AISelain isu privasi dan ketenteraman yang terganggu, wanita itu mendakwa ada tetamu yang tidak menjaga kebersihan dan menyalahgunakan fasiliti untuk melakukan perbuatan tidak bermoral."Naik lif pun kena berebut dengan budak yang buat parti persendirian (private party). Sampai penggera selalu berbunyi. Nak naik lif kena tunggu 10 hingga 15 minit."Saya benci sebab tiada privasi untuk penyewa atau penduduk asal. Ada budak makan ayam goreng dalam kolam renang. Apabila beritahu kepada pengawal, pengawal pula kena marah dengan mak ayah," dakwanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Bengang jiran suka mengintai dan pengotor, lelaki ini bina tembok tinggi... Niat elak pergaduhan akhirnya ‘makan diri’ARTIKEL BERKAITAN: Jiran selamba campak sampah dalam tong roro sewa, wanita terpaksa tampal notis amaran - “Nak maki tapi dah berumur”Di ruangan komen, beberapa lagi pemilik kondominium turut berkongsi luahan sama mengenai masalah yang berlaki di kawasan kejiranan mereka."Nanti mesyuarat agung tahunan, usulkan untuk haramkan bagi sewa macam ni. Tapi kena ada persetujuan ramai la."Nasib baik kondo saya tetapkan peraturan tak bagi buat penginapan jangka pendek macam ni.