suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakai t-shirt dengan seluar denim pun dihina! Siswi merana dapat ‘roommate’ suka menghukum, siap digelar ‘tino garik’

Konflik rakan sebilik menjejaskan ketenangan dan fokus pelajar. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu yang pernah melanjutkan pengajian ke universiti pastinya menyimpan banyak kenangan pahit dan manis sewaktu zaman belajar.

Bagi seorang wanita, pengalaman berkongsi bilik dengan seorang rakan ketika menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) menjadi antara memori sukar dilupakan, tetapi atas alasan yang kurang menyenangkan.

Mengimbas kembali kisah tersebut, wanita berkenaan mendakwa terpaksa berdepan dengan sikap rakan sebiliknya yang disifatkan 'terlebih' alim sehingga membuatkan hidupnya tidak tenteram.

Seseorang itu perlu menggunakan cara yang berhemah untuk menyampaikan dakwah. -Gambar hiasan AI

Seseorang itu perlu menggunakan cara yang berhemah untuk menyampaikan dakwah. -Gambar hiasan AI

"Masa dekat universiti, saya dapat rakan sebilik yang Islamik. Dia pelajar cemerlang yang baru putus cinta. Dia sibuk cerita kenapa dia berubah pakai tudung labuh.

"Sejak detik itu, dia kata dia tak percaya lelaki. Walaupun saya pura-pura tidur, dia tetap kejut dan paksa saya dengar kisahnya," imbas wanita itu memulakan ceritanya.

Bukan itu sahaja, sepanjang dua tahun tinggal bersama, dia mengakui kerap rimas apabila setiap tingkah laku mahupun gaya pemakaiannya sentiasa menjadi bahan kritikan rakan sebiliknya itu.

  • Wanita imbas pengalaman dengan rakan sebilik di universiti.
  • Dia mendakwa sering ditegur sepanjang dua tahun berkongsi bilik.
  • Rakan sebiliknya merupakan seorang pelajar yang sangat alim.
  • Wanita itu pernah digelar 'tino garik' gara-gara keluar pada waktu Maghrib.

"Dia pernah marah saya sebab pakai t-shirt dengan seluar denim. Dia suruh pakai baju labuh dengan seluar longgar je. Tapi sebenarnya baju dan seluar saya pakai tu tak ketat pun.

"Naik motor pun kena tegur. Dia kata perempuan tak sopan naik motor. Pernah saya keluar beli makanan waktu Maghrib, dia perli saya.

"Dia kata kalau dekat kampung dia, perempuan macam saya digelar 'tino garik' (betina gatal). Padahal masa tu saya tolong belikan makanan untuk dia," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rasa terhina, ‘sek kito’ hulur RM5 lepas tumpang kereta dari KL balik Kelantan - “Dah la saya seorang memandu 10 jam”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

Di ruangan komen, ramai netizen membuat andaian rakan sebiliknya berasal dari Kelantan berdasarkan penggunaan ayat 'tino garik' yang digunakan dalam perbualan mereka.

"Rakan sebilik dia tu dari negeri Kelantan kan? Dia sebut 'tino garik' tu je terus aku senyap.

"Ada bau-bau budu rakan sebilik awak ni," tulis netizen.

Artikel Lain