suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Solat bukan main tapi tak hormat suami” - Bapa acah alim sindir isteri, guna psikologi dosa dan pahala tutup sikap malas sendiri

Anak-anak akan mula memahami situasi dalam rumah tangga apabila sudah meningkat dewasa. -Gambar hiasan AI

SEORANG bapa mungkin mampu menjadi pelindung terbaik buat anak-anaknya, namun belum tentu berupaya memainkan peranan sebagai suami yang baik kepada isterinya.

Demikian luahan seorang anak yang secara terbuka mengakui mula membenci bapanya selepas menyedari segala beban rumah tangga selama ini dipikul seorang diri oleh ibunya.

Meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap bapanya itu, pengadu yang sedang menuntut di sebuah institusi pendidikan tinggi berkata, ketika kecil dia sering menyalahkan ibunya kerana bersikap barang dan pemarah.

Namun, persepsinya berubah sepenuhnya selepas dia membesar dan mula memahami punca sebenar di sebalik tekanan emosi yang dialami insan tersayang itu.

Bantuan anak-anak dapat meringankan beban tugasan rumah seorang ibu. -Gambar hiasan AI

Bantuan anak-anak dapat meringankan beban tugasan rumah seorang ibu. -Gambar hiasan AI

"Bapa aku seorang ayah yang baik tetapi bukan suami yang baik. Dulu aku benci mak sebab dia baran, akhirnya aku faham kenapa dia selalu marah dan mula benci ayah aku.

"Ada suami tapi semua benda mak aku tanggung. Kerja rumah satu apa pun ayah tak buat. Basuh baju tak pandai, lipat kain tidak, makan pun pinggan tak reti nak basuh.," luahnya di Threads.

Lebih mengecewakan, bapanya turut menggunakan status sebagai suami untuk menuntut layanan dan penghormatan apabila ditegur isteri.

  • Seorang penuntut IPT mula membenci bapanya selepas menyedari ibunya menanggung beban keluarga dan rumah tangga seorang diri.
  • Ketika kecil, dia sering menyalahkan ibunya yang cepat marah dan baran.
  • Bapanya didakwa tidak membantu dari segi kewangan mahupun kerja rumah, namun tetap menuntut penghormatan dan layanan sebagai suami.
  • Lelaki itu juga dikatakan pernah menyindir ibadah isterinya.
  • Netizen bersimpati dan menasihatinya supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat membela serta membawa ibunya tinggal bersama kelak.

 

"Apabila mak marah, dia kata isteri tak hormat suami dan berdosa, sedangkan mak aku dah sediakan semuanya untuk keluarga.

"Kalau dah tahu sebagai suami tak mampu daripada segi kewangan, tolonglah ringankan beban kemas rumah atau buat apa yang patut," tambahnya yang geram melihat sikap bapanya.

Tidak hanya itu, bapanya juga pernah memberi kata-kata sindiran mengenai ibadah ibunya sehingga ia terpahat dalam ingatannya sehingga kini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: “Stres hidup dengan orang busuk!” - Isteri dedah tabiat pengotor suami malas mandi, bau kepam menusuk sampai luar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami pemalas, suka reka cerita nak nampak hebat...Wanita mula tawar hati, penat buat 4 kerja serentak!

"Pernah sekali bapa perli mak, dia kata... solat bukan main, baca al-Quran, tapi tak tahu hormat suami buat apa. Sampai sekarang kalau mak baca al-Quran, dia akan buat ketika bapa tiada atau di pejabat sahaja," kongsinya lagi.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib ibunya itu.

"Itulah lelaki, tak layan isteri dengan elok tapi mengharapkan diri dilayan macam raja.

"Awak belajar rajin-rajin dan cari kerja yang baik supaya boleh bawa ibu tinggal bersama nanti," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain