suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jiwa kacau terbeban kisah silam ‘broken family’, wanita trauma nak kahwin takut tak diterima bakal mentua

Pertemuan dengan keluarga bakal pasangan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengenali antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua orang bernasib baik dapat membesar dalam keluarga yang sempurna dan bahagia.

Ada yang terpaksa melalui pelbagai konflik sehingga meninggalkan kesan terhadap keyakinan diri, sebagaimana situasi dialami oleh wanita ini.

Menerusi satu luahan hati, wanita berkenaan mengakui dia membesar dalam sebuah keluarga yang porak peranda, sekali gus membuatkan timbul rasa rendah diri untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

"Pernah tak anda rasa tak layak untuk berkahwin disebabkan background family yang bermasalah? 

"Sekarang ni aku dengan pasangan di fasa tengah rancang nak kahwin. Pasangan aku ni datang daripada keluarga yang besar, boleh dikatakan bagus, tak ada masalah apa-apa.

"Sementara itu aku ni datang daripada broken family yang selalu je ada masalah itu dan ini," luahnya.

Pertelingkahan antara ibu bapa mampu meninggalkan tekanan emosi kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI

Ujar wanita itu, perbezaan latar belakang keluarga membuatkan dia berasa malu dan bimbang dengan penerimaan keluarga pihak lelaki.

Malah, dia mengakui pernah terfikir untuk mengundurkan diri daripada hubungan tersebut walaupun pada masa sama tidak sanggup kehilangan lelaki yang dicintainya.

"Rasa macam malu pun ada dengan keluarga belah lelaki. Macam nak undur diri je tapi itulah rasa tak sanggup nak tinggalkan dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik-beradik buat hal sendiri, jumpa tak reti borak... Individu keluarga bercerai terus dihantui kenangan silam

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu sen pun dia tak tolong” - Isteri berdendam, kecewa suami sanggup biar kereta ditarik bank... Tekad fail cerai kali ketiga

Lebih membuatkan dia serba salah, pasangannya disifatkan sebagai seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa memahami keadaannya. 

"Dia tengah berusaha sediakan semua keperluan untuk kami berdua. Dia cakap aku adalah penyebab dia jadi bersemangat. 

"Katanya sejak kenal aku, dia mula ada sasaran untuk dicapai dalam hidup. Kalau tiada aku mesti dia masih sambil lewa saja.

"Aku sedang berbelah bahagi... entahlah, rasa macam tak layak untuk sesiapa," luahnya lagi. 

  • Seorang wanita rendah diri untuk berkahwin kerana berasal daripada keluarga bermasalah.
  • Dia bimbang dengan penerimaan keluarga pihak lelaki yang mempunyai latar belakang lebih baik.
  • Dia pernah terfikir untuk mengundurkan diri kerana rasa diri tak layak.
  • Namun, pasangannya seorang yang baik dan bertanggungjawab.
  • Warga maya beri kata-kata semangat dan mengingatkan bahawa latar belakang keluarga bukan penentu nilai diri.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut menerima pelbagai respons daripada warga maya yang tampil memberikan kata-kata semangat dan meyakinkan wanita berkenaan bahawa latar belakang keluarga bukan penentu nilai diri seseorang.

Ada yang berpendapat dia tidak sepatutnya menghukum diri sendiri hanya kerana dilahirkan dalam keluarga bermasalah.

"Apa yang terjadi dengan keluarga, biarkan ia sampai situ je. Apa yang akan berlaku di masa depan, itu awak yang tentukan.

"Letak kepercayaan penuh pada Allah. Sesungguhnya perancangan Dia lebih indah daripada apa yang kita dah rancang," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk