suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami geram isteri asyik nak hidup selesa, keras kepala enggan berhimpit 7 orang dalam Bezza dari KL ke Penang!

Perselisihan faham adalah perkara biasa dalam kehidupan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

KEHARMONIAN rumah tangga kerap kali teruji apabila timbul campur tangan pihak luar, terutamanya jika ia melibatkan ahli keluarga mentua sendiri.

Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya mengajak dia dan anak-anak pulang ke kampung sempena cuti, namun dikejutkan dengan maklumat bahawa perjalanan mereka itu bakal disertai beberapa individu lain.

Menurut wanita itu, keputusan suaminya itu membuatkan dia kecewa kerana ia tidak dibincangkan lebih awal.

Barangan terlalu banyak dan ramai penumpang bagi perjalanan jauh boleh merosakkan kereta. -Gambar hiasan AI

Barangan terlalu banyak dan ramai penumpang bagi perjalanan jauh boleh merosakkan kereta. -Gambar hiasan AI

“Suami ajak balik kampung dia cuti ini. Kemudian dia kata hujung bulan... jadi aku faham dia nak aku tolong bantu duit minyak dan tol.

"Aku okay saja. Tapi tiba-tiba dia beritahu kakak dan anak-anak buah dia nak ikut sekali," katanya.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya sama ada suaminya dan kakak ipar sebenarnya sudah merancang percutian tersebut lebih awal sebelum memberitahunya.

"Bayangkan, nak naik kereta Perodua Bezza tapi sumbat suami, aku, dua anak kami... lepas tu kakak ipar dengan dua anak dia. Tujuh orang nak naik Bezza?

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari tumpang ke pejabat, kawan ‘muka tembok’ bagi duit minyak RM10 seminggu! Gadis tak reti meminta, takut dikata berkira

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rasa terhina, ‘sek kito’ hulur RM5 lepas tumpang kereta dari KL balik Kelantan - “Dah la saya seorang memandu 10 jam”

"Aku terus mengalah. Kak ipar dengan anak-anak buah nak ikut aku okay tapi aku dengan anak-anak tak balik la, nanti tak muat dan tak selesa pula," katanya.

Tegas wanita ini lagi, perjalanan pulang ke kampung suaminya bukannya dekat, sebaliknya memakan jarak yang jauh dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Bagaimanapun, keputusan untuk menarik diri menyebabkan suaminya merungut dan mendakwa dia sukar diajak hidup berkeluarga serta terlalu mementingkan keselesaan.

"Sekarang suami aku merentan cakap aku jenis payah la, tak reti berkeluarga dan jenis nak hidup selesa.

"Salah ke aku nak selesa? Dah la duit minyak, tol, cukai jalan dan ansuran pinjaman kereta aku yang bayar," katanya.

  • Kakak ipar dan anak-anak tiba-tiba ikut balik kampung.
  • Tujuh orang dijangka menaiki sebuah Perodua Bezza.
  • Isteri bimbang perjalanan KL-Penang tidak selesa.
  • Wanita dakwa banyak kos kereta ditanggungnya.
  • Akhirnya, dia memilih untuk tidak ikut balik.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut bimbang kejadian lama berulang apabila perbelanjaan sepanjang perjalanan seperti makan dan minum akhirnya terpaksa ditanggung dari poketnya sendiri.

“Kakak dia sebenarnya ada kereta sendiri, tapi mungkin sebab nak berjimat, kerja dia nak menumpang saja.

“Kalau singgah nak makan pun aku yang bayar untuk dia dan anak-anak,” katanya.

Ekoran enggan terus diperalatkan, wanita terbabit memilih untuk berkeras dan tidak mengikut suaminya pulang ke kampung.

“Aku buat keras juga tak ikut balik. Tak tahu siapa yang akan tanggung minyak dan tol mereka. Pandai-pandailah hidup,” katanya.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk