suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disamakan dengan fesyen ‘penari tiang’, staf kedai kasut perlekeh anak nak beli ‘heels’ 5 inci

Penjual dan peniaga perlu menjaga etika dan adab apabila berhadapan dengan pelanggan. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu pasti berasa teruja apabila mengetahui anaknya terlibat dalam apa jua pertandingan, sama ada di peringkat sekolah mahupun kebangsaan.

Rasa bangga itu mendorong mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi termasuk berhabis wang ringgit bagi menyediakan pakaian dan aksesori terbaik supaya si anak tampil yakin dan berpeluang bergelar juara.

Perkara sama dilakukan seorang wanita ini selepas mengetahui anaknya terpilih menyertai satu pertandingan ratu cantik berkonsepkan pelancongan.

Bagaimanapun, keterujaan dua beranak berkenaan memilih sepatu tinggi di sebuah kedai kasut bertukar menjadi pengalaman yang mengecewakan apabila disindir secara halus oleh pekerja premis berkenaan.

Setiap ibu pasti akan memberi sokongan penuh pada minat anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

Setiap ibu pasti akan memberi sokongan penuh pada minat anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

"Anak aku akan sertai pertandingan yang perlukan dia pakai kasut setinggi lima inci. Semasa kami berdua beli kasut ni, staf kedai tu menyindir.

"Dia ambil kasut yang sama tinggi macam kasut anak aku pilih dan terus cakap dekat kawan dia... kasut ni nanti kita guna untuk gelek-gelek menari tiang," luahnya di Thread.

Meskipun terkilan dengan kata-kata sinis yang dipercayai ditujukan kepada mereka, dua beranak ini hanya mampu mendiamkan diri.

  • Ibu teruja membuat persiapan selepas anaknya menyertai pertandingan ratu cantik.
  • Dia bersama anak pergi membeli kasut bertumit lima inci yang diperlukan untuk pertandingan tersebut.
  • Pekerja kedai didakwa menyindir pilihan kasut mereka dengan membuat gurauan mengenai kasut itu digunakan untuk ‘menari tiang’.
  • Walaupun terasa hati, ibu dan anak memilih untuk berdiam diri.
  • Netizen turut mengecam tindakan pekerja tersebut dan menyifatkan perbuatan menyindir pelanggan sebagai tidak profesional serta tidak beretika.

Namun jauh di sudut hati, wanita ini meluahkan rasa kasihan melihat dangkalnya pemikiran individu terbabit yang menyamakan fungsi kasut tinggi tersebut dengan aktiviti tidak senonoh, sedangkan anaknya mahu bertanding dalam acara berprestij.

"Aku dan anak aku diam saja. Kami tahu dia tengah sindir kami.

"Kesian dia hanya nak guna kasut tu untuk 'menari tiang', sedangkan anak aku nak guna kasut ni untuk pertandingan," luahnya sinis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak pergi haji balik hari ke?” - Disindir cottage pie mini RM4 mahal, jawapan ringkas peniaga buat pelanggan balas ‘jelingan maut’

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah perut lapar, peniaga pula biadab! Pelanggan terkedu disindir tauke restoran, pesanan nasi goreng disuruh ambil esok

Perkongsian itu secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meluahkan rasa kecewa dengan sikap pekerja yang tidak beretika seperti itu.

"Mereka dengki tu sebab tak pernah masuk pertandingan.

"Teruknya perangai, dah menjual tapi menyindir pula. Kenapalah cakap macam tu, patut bersyukur sebab ada jualan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain