BERDEPAN dengan pelbagai ragam pelanggan adalah perkara biasa bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.Namun sebagai manusia biasa, seseorang memang tidak dapat mengelak daripada perasaan kecewa dan marah apabila berdepan pelanggan toksik. Seperti peniaga makanan ini, dia hilang sabar dengan mulut celupar salah seorang pelanggan yang menganggap cottage pie mini jualannya mahal."Anak jiran aku akan beli cottage pie mini setiap hari dengan harga RM4.Menghasilkan produk jualan bukanlah perkara mudah. -Gambar hiasan AI"Petang semalam terserempak dengan ibu dia semasa aku nak buang sampah dan dia pun cakap yang aku jual (cottage pie) mahal sangat," adunya di Threads.Apa membuatkan kesabarannya menipis, jirannya itu turut menyindir harga makanan tersebut mahal disebabkan dia ingin menunaikan ibadah jadi dalam tempoh singkat.Geram dengan sindiran berkenaan, wanita itu memberitahu dia tidak berdiam diri sebaliknya membalas kata-kata tersebut sehingga menyebabkan jirannya itu memberi 'jelingan maut' kepadanya.Wanita jual mini Cottage Pie RM4 jadi bahan sindiran jiran.Jiran dakwa harga mahal sebab nak cepat pergi haji.Penjual balas sindiran dengan jawapan sinis tapi bersahaja.Jiran beri ‘jelingan maut’ selepas dipelawa beli versi frozen.Netizen puji wanita itu tenang dan pandai ‘counter’ pelanggan toksik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia siap cakap, RM4 itu sebab nak pergi haji balik hari ke? Aku pun terus jawab ya, kalau boleh lepas tiga jam dah nak balik. "Sebelum itu aku ada juga offer dekat dia sama ada nak beli yang frozen... Terus kena jelingan maut!" tambahnya yang rasa terhibur apabila mengenangkan kembali sikap jirannya.Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen apabila rama memuji tindakannya 'mematahkan' sindiran jiran tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga langgar janji, cincai siapkan tempahan! Wanita malu hantar makanan ke pusat tahfiz, harga boleh tahan mahalARTIKEL BERKAITAN: “Mahal supo bedil” - Peniaga kena ‘sembur’ jual sambal udang RM1 seekor... Pelanggan setia tak setuju, anggap masih murah"Pembeli tidak mahu faham kos pembuatan, nak murah saja... suruh dia cuba buat sendiri."Kalau orang Islam yang kata pergi haji balik hari, aku selalu akan jawab… mana boleh haji balik hari, tak sah haji tu."Anak nak makan pun kedekut, kemudian hairan kenapa rezeki tersekat-sekat," demikian reaksi netizen.