suria

Peniaga langgar janji, cincai siapkan tempahan! Wanita malu hantar makanan ke pusat tahfiz, harga boleh tahan mahal

Amalan bersedekah sangat dituntut dalam Islam dan dijanjikan ganjaran pahala besar. --Gambar hiasan AI

RAMAI dalam kalangan kita bermurah hati mahu melakukan kebaikan dengan cara bersedekah, namun niat murni itu kadangkala berakhir dengan pengalaman kurang menyenangkan.

Begitulah situasi yang berlaku kepada seorang wanita apabila makanan yang ditempah daripada peniaga untuk disedekahkan kepada pelajar tahfiz didakwa mengecewakan.

Membuat luahan di Thread, dia berasa buntu selepas melihat makanan yang ditempah kerana ia tidak seperti dijanjikan oleh peniaga.

Berhati-hati ketika membuat tempahan makanan supaya tidak ditipu peniaga. -Gambar hiasan AI

"Aku betul-betul rasa sakit hati, nak tergelak, tapi sedih pun ada. Aku tempah makanan untuk 70 pax dengan harga RM10 bagi sekepala.

"Niat nak sedekah dekat budak-budak sekolah tahfiz, jadi aku bayar ikut perjanjian iaitu air, buah dan lauk semua lengkap.

"Tapi bila sampai... air tak ada, buah tak ada dan ayam kicap pula cair. Macam kicap campur air lepas tu terus gaul je dan siap," ujarnya.

Melihat keadaan makanan yang telah siap itu membuatkan dia berasa malu untuk bersedekah kerana niatnya ikhlas, namun tempahan yang diterima tidak memuaskan hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sedekah tepung pelita tak laku ke pusat tahfiz... Guru sebak anak didik diberi makan makanan hancur

ARTIKEL BERKAITAN: Guna modal ‘sedekah’, akhirnya susahkan pelajar tahfiz! Mudir ada peringatan untuk tuan rumah kenduri, tolak lebihan lauk bukan sebab sombong

"Rasa malu pun ada sebab aku dah niat nak bersedekah. Tapi yang sampai macam ni (mengecewakan).

"Aku bukan cerewet ya tapi serius... rezeki orang kena hormat. Sedekah pun bukan alasan nak bagi ala kadar. Lepas tu canang cerita sedih," luahnya lagi.

Menerusi hantaran dibuat, ramai peniaga mengambil peluang menunjukkan contoh makanan yang pernah disediakan mereka untuk tujuan infaq, di ruangan komen.

Malah kebanyakan mereka menetapkan harga yang lebih rendah untuk tujuan sedekah, iaitu antara RM4.50 hingga RM9.50.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya selain memberikan nasihat agar lebih berhati-hati memilih penyedia makanan pada masa akan datang.

  • Wanita terkilan tempahan makanan untuk sedekah kepada pelajar tahfiz tak seperti dijanjikan.
  • Tempahan 70 pax, RM10 seorang didakwa tiada air dan buah, ayam kicap pula terlalu cair.
  • Dia berasa malu kerana niat bersedekah, namun hidangan diterima kurang memuaskan.
  • Wanita itu menegaskan sedekah bukan alasan untuk peniaga sediakan makanan secara ala kadar.
  • Netizen bersimpati dan menasihatinya lebih berhati-hati memilih penyedia makanan.

"Lain kali ambil tempahan dengan orang yang sudah awak terbiasa 'order'. Tak payah layan cerita sedih lepas dah jahanamkan 'order' orang. Tak berkat ambil duit tu.

"Kasihannya dekat awak. Tak apa lain kali boleh ambil tempahan dengan saya ya. Saya pun ada mesej awak tapi awak dah cakap dapat orang untuk masak tu.

"Kenapa dia buat macam tu. Orang macam ni la yang menjatuhkan orang lain yang betul-betul cari rezeki. Ingat duit tu senang cari. Buat sebaik mungkin," antara komen netizen.

Artikel Lain