PERKONGSIAN jujur seorang wanita mengenai realiti kehidupan berpoligami mengundang perhatian ramai apabila dia mengakui landskap rumah tangganya berubah sepenuhnya selepas mengetahui dimadukan.Pendedahan terbuka tersebut dibuat bagi menjawab persoalan seorang pelayar yang ingin mengetahui pengalaman sebenar golongan isteri yang terpaksa berkongsi kasih dalam perkahwinan poligami. Berkongsi cerita, wanita ini mengakui dia pada mulanya terlalu sayangkan suaminya sehingga tidak sanggup untuk berpisah, walaupun mulutnya sudah beberapa kali meminta untuk dilepaskan."Selepas tahu dimadukan, saya doa supaya ditarik rasa cinta dan sayang pada suami. Saya tak mahu dilepaskannya walaupun banyak kali meminta.Isteri yang dimadukan akan lebih memberi fokus pada diri sendiri dan anak-anak. -Gambar hiasan AI"Saya tak sanggup tapi terpaksa. Hikmah yang saya nampak, saya rasa Allah lebih sayangkan saya," tulisnya membuka cerita tentang fasa sukar yang dilaluinya.Tambah wanita itu lagi, tamparan hebat tersebut akhirnya menyedarkan dia untuk beralih fokus dengan memberi keutamaan kepada diri sendiri dan anak-anak, berbanding terlalu bergantung harap kepada suami seperti sebelum ini."Dulu semuanya untuk suami, sekarang saya jadi sedikit pentingkan diri sendiri. Vibes dalam rumah tangga pun dah tak sama. Poligami tak membawa manfaat kepada isteri, yang seronok cuma suami sahaja," luahnya berkongsi pandangan.Menurut wanita ini, walaupun dilukai dengan sikap suami namun dia kini lebih berasa tenang dan mula menerima takdir yang tertulis.Wanita akui hidup berubah selepas dimadukan suami.Doa hilang rasa cinta kerana terlalu terluka.Kini lebih fokus pada diri sendiri dan anak-anak.Anggap poligami lebih menguntungkan suami berbanding isteri.Tetap bertahan selagi suami jalankan tanggungjawab keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah dia turut menzahirkan rasa syukur kerana suaminya tidak mengabaikan tanggungjawab padanya dan anak-anak."Saya pun tak tahu berapa lama dapat bertahan, saya serahkan kepada Allah dan kalau takdir berpisah... biarlah selepas anak-anak boleh berdikari."Saya masih ada keluarga yang sanggup menjaga, cuma tak mahu susahkan sesiapa."Selagi suami masih bertanggungjawab dan menjaga keperluan saya serta anak-anak, saya akan bertahan dulu," luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Poligami tanpa perang... Isteri pertama dedah rahsia bahagia bermadu, siap kongsi jadual bermalamARTIKEL BERKAITAN: Arwah ayah tak jujur, rahsia poligami hanya terbongkar lepas meninggal… Paling sakit hati ibu tiri bolot rumah, harta pusakaPerkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dan menganggap emosi seorang isteri dalam situasi poligami tidak boleh dipandang ringan."Alhamdulillah, teruskan berjuang untuk anak-anak, yang penting jangan 50-50 untuk hak anak-anak dan jangan bantu dia langsung."Kuatnya awak, semoga urusan awak dipermudahkan. Saya sejujurnya tak kuat untuk kehidupan macam ni," demikian reaksi netizen.