BERBAKI seminggu menjelang hari bahagia, seseorang yang bergelar bakal pengantin sepatutnya sibuk menguruskan persiapan akhir untuk melangkah ke alam rumah tangga.Namun, lain pula situasinya melibatkan wanita ini apabila dia berada dalam dilema untuk meneruskan perancangan perkahwinannya. Dakwa pengadu, dia sekali lagi dikasari oleh tunangnya sehingga mengalami kecederaan kepala selepas berlaku pertelingkahan antara mereka.Membatalkan majlis kahwin pada saat-saat akhir bukanlah satu keputusan mudah. -Gambar hiasan AI"Saya akan menikah tujuh hari lagi. Tunang saya ni, kalau kami bergaduh, dia selalu naik tangan. Kadang dia tampar muka saya. Dia pernah cekik dan tolak saya. "Kali ini, kami bergaduh lagi. Dia cekik saya. Kemudian dia hentak kepala saya dekat dinding. Kepala saya berdarah dan kena balut dengan kain pembalut luka."Saya cerita dekat keluarga. Mereka hanya kata ini dugaan sebelum nikah. Saya buntu untuk batal atau teruskan majlis ini," luahnya.Wanita dakwa dikasari tunangnya seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka.Mangsa mengalami pendarahan kepala akibat dihentak di dinding oleh tunangnya.Dia kini buntu untuk meneruskan atau membatalkan majlis perkahwinannya.Ramai netizen minta wanita itu angkat kaki demi menyelamatkan dirinya.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, ramai netizen memberi nasihat kepada wanita itu agar berfikir masak-masak sebelum meneruskan perkahwinannya.Pada masa sama, netizen turut mengerti dilema wanita itu kerana bukan mudah untuk dia membatalkan majlis pada saat-saat akhir."Kalau sebelum nikah dah naik tangan, dia tak akan berubah pun selepas kahwin. Tinggalkan dia.ARTIKEL BERKAITAN: Buli di asrama perempuan lebih teruk... Pelajar dakwa kepala disepak ketika wuduk, dipukul beramai-ramai dalam dormARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil anak kembar dipukul sampai lunyai... Suspek disyaki suami hentak muka dengan lutut, langgar guna skuter!"Lagi tujuh hari nak kahwin baru kau tanya pendapat? Memang benar cinta itu buta sampai tak boleh berfikir dah."Kalau awak kahwin dengan dia, awak dapat selamatkan perempuan lain daripada jadi mangsa," tulis pelayar Threads secara sinis.