suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majikan di Singapura larang solat, lelaki pilih ‘resign’... Tak sanggup abai tuntutan agama, letak soal rezeki ditangan Allah

Komitmen bulanan yang tinggi mendorong ramai rakyat Malaysia ingin mendapatkan pekerjaan di Singapura. -Gambar hiasan AI

DEMI mempertahankan tuntutan agama, seorang lelaki sanggup meninggalkan pekerjaan dengan gaji lumayan di Singapura.

Cerita isteri lelaki itu, keputusan itu dibuat selepas syarikat tidak membenarkan pekerja beragama Islam mendirikan solat atau keluar menunaikan sembahyang Jumaat.

"Suami berhenti kerja sebab syarikat tak benarkan solat dan pertikai kalau keluar sembahyang Jumaat.

Ramai yang mahu bekerja di Singapura kerana tawaran gaji yang lumayan. -Gambar hiasan

Ramai yang mahu bekerja di Singapura kerana tawaran gaji yang lumayan. -Gambar hiasan

"Saya cakap dengan suami, dia kena keluar dan tinggalkan tempat kerja itu, lagi pun yang memberi rezeki itu adalah Allah," luahnya di Threads.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu datang dengan ujian apabila suaminya kini sudah dua bulan menganggur.

Dia yang pada awalnya yakin dengan keputusan tersebut mula risau memandangkan suaminya masih belum mendapat pekerjaan baharu.

  • Suami wanita berkenaan berhenti kerja di sebuah syarikat di Singapura selepas mendakwa pekerja Islam tidak dibenarkan solat.
  • Ketika berhenti, lelaki itu masih dalam tempoh percubaan kira-kira sebulan setengah.
  • Suaminya yang bekerja dalam sektor peruncitan hampir dua bulan menganggur.
  • Pernah melepasi dua peringkat temu duga serta menerima tawaran kerja di Singapura, namun kemudian dimaklumkan syarikat berkenaan tidak mengambil pekerja warga Malaysia.
  • Keadaan itu menyebabkan keluarga mereka berdepan masalah kewangan.

"Suami ada mohon tempat kerja lain di Singapura, malah lepas dua fasa temuduga dan dapat tawaran kerja.

"Tapi tiba-tiba (syarikat) tak mahu ambil orang Malaysia. Ada juga panggil temuduga tapi tak ada jawapan," ujarnya memberitahu suaminya bekerja dalam sektor peruncitan.

Situasi itu membuatkan dia berasa rungsing memikirkan nasib suami selain kewangan keluarga yang semakin mendesak.

Pekerja beragama Islam tidak sepatutnya mengabaikan kewajipan mereka khususnya solat. -Gambar hiasan

Pekerja beragama Islam tidak sepatutnya mengabaikan kewajipan mereka khususnya solat. -Gambar hiasan

Dia juga ingin keluar bekerja namun tidak dapat berbuat demikian kerana bayinya yang baru berusia 10 bulan.

"Rumah sewa perlu dibayar dan pelbagai komitmen lain. Setiap kali pandang muka anak, saya sedih dan saya tahu yang suami juga susah hati," katanya.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan rata-ratanya memuji tindakan yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor puji melangit Singapura, ‘racun’ orang KL tukar kerja... Jamin boleh hilang rasa penat lepas tengok slip gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Cakap tak pakai otak! Isteri bengang pengurus Muslim tempat kerja suami suruh keluar solat Jumaat bergilir-gilir

"Teruskan jaga solat berjemaah di masjid. Dalam setiap solat ada bantuan Allah dan Allah pasti akan beri jalan dan penyelesaian.

"Saya faham perasaan itu sebab pernah mengalaminya. Kilang tempat saya bekerja tak bagi solat dan saya ambil keputusan untuk berhenti.

"Alhamdulillah selepas itu saya dapat peluang pekerjaan lain dengan gajinya berganda," antara komen netizen.

Artikel Lain