suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki imbau terjebak cinta isteri orang ketika usia 16 tahun... Dari tumpang ke sekolah, ikut balik ke rumah - “Baru faham apa itu grooming“

Remaja perlu berhati-hati dengan individu dewasa yang mungkin ambil kesempatan terhadap mereka. -Gambar hiasan AI

BERCINTA dengan isteri orang sememangnya satu kesalahan, lebih-lebih lagi jika melibatkan individu yang masih bawah umur dan belum mampu memahami sepenuhnya keadaan yang berlaku.

Seorang lelaki berkongsi pengalaman lebih 15 tahun lalu apabila dirinya yang ketika itu baru berusia 16 tahun didakwa terjebak dalam hubungan dengan seorang wanita berusia 30-an yang sudah berkahwin.

Menurutnya, ketika itu dia hidup dalam kesusahan malah dia sering berjalan kaki ke sekolah sebelum seorang wanita menawarkan diri untuk menghantarnya.

Terdapat juga kes remaja lelaki menjadi mangsa wanita dewasa. -Gambar hiasan AI

Terdapat juga kes remaja lelaki menjadi mangsa wanita dewasa. -Gambar hiasan AI

“Waktu sekolah, hidup susah. Setiap hari jalan kaki. Sampai ada seorang perempuan tawarkan diri hantar ke sekolah. Masa itu aku tak fikir apa-apa kerana anggap dia seperti kakak.

“Lama-kelamaan dia ajak keluar makan, tengok wayang dan beri duit belanja. Baru aku tahu dia sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak,” katanya.

Dia yang ketika itu berada di Tingkatan Empat mengakui semakin menyayangi wanita berkenaan kerana layanan baik yang diterimanya.

Katanya, keadaan keluarga ketika itu turut menyebabkan dia mudah terikat dengan perhatian wanita tersebut selepas kehilangan bapa, manakala ibunya bekerja mengikut syif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mana nak dapatkan dia balik?” - Duda gila bayang teringat bekas isteri, menyesal lafaz cerai demi kejar cinta skandal di pejabat

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terhibur, tak sangka ada lelaki Malaysia skandal dengan wanita Rohingya... Sanggup curang masa isteri tengah mengandung

"Dari keluar makan, tengok wayang, kemudian dia bawa ke rumah. Mula-mula aku takut juga tapi dia kata rumah dia tiada orang. 

"Apa-apa aku boleh datang kalau sunyi. Aku pula cakap kat mak buat kerja sambilan jual burger kawasan rumah perempuan tu," katanya.

Menurut lelaki itu, hubungan tersebut berterusan sehingga dia menamatkan persekolahan dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, dia mendakwa mula menyedari sesuatu yang tidak kena apabila wanita berkenaan mula mendekati pelajar lain yang juga merupakan juniornya.

  • Lelaki dedah pernah terjebak hubungan dengan wanita berusia 30-an ketika dirinya baru 16 tahun.
  • Hubungan bermula selepas wanita itu menawarkan diri menghantarnya ke sekolah.
  • Wanita terbabit didakwa sering belanja makan, bawa menonton wayang dan memberinya wang.
  • Dia mula sedar ada sesuatu tidak kena apabila wanita itu mendekati pelajar lain.
  • Selepas lebih 15 tahun, lelaki itu mengakui baru memahami dirinya mungkin menjadi mangsa grooming.

"Jadi aku beritahu bekas cikgu aku, cuma dia kata itu pilihan aku sendiri dan salahkan aku kenapa ikut orang tak kenal. Jadi aku buat keputusan beritahu suami perempuan itu.

"Lepas tu aku bawa diri, bila tengok Facebook perempuan tu sekarang dia dah bercerai dengan suami lama dan sudah berkahwin baru. Dia ada anak sepasang," katanya.

Lelaki berkenaan mengakui kini dia baru memahami apa dialaminya ketika remaja mempunyai unsur grooming, iaitu proses memanipulasi dan membina kepercayaan terhadap kanak-kanak atau remaja sebelum mereka dieksploitasi.

Dia turut menitipkan harapan agar wanita terbabit berubah dan bertaubat, selain mengingatkan supaya kisahnya dijadikan pengajaran.

Artikel Lain