TINGGAL bersama rakan serumah sememangnya memerlukan toleransi tinggi kerana setiap individu mempunyai rutin dan cara hidup berbeza.Ada yang gemar menghabiskan masa di luar rumah, manakala sesetengah individu pula lebih selesa 'berkampung' di dalam bilik selepas penat bekerja atau belajar. Namun, seorang wanita mengakui dirinya mula berasa kurang selesa apabila rakan serumahnya dikatakan hampir 24 jam berada di dalam bilik sehingga menyebabkan dia sukar mendapatkan ruang dan masa bersendirian.Segelintir individu gemar melakukan kerja di ruang tamu sambil menonton televisyen. -Gambar hiasan AI"Okay ke kalau rakan sebilik korang ada 24 jam dalam bilik? Maksud aku, dia tak keluar dari bilik... makan pun dalam bilik," luahnya di Threads.Melihat sikap rakannya yang disifatkan sebagai kera sumbang, pengadu mengakui terpaksa beralah dan sentiasa berada di luar bilik.Namun katanya, dia juga mengimpikan privasi dan masa bersendirian di dalam bilik.Seorang wanita meluahkan rasa kurang selesa apabila rakan sebiliknya dikatakan berada di dalam bilik hampir 24 jam setiap hari.Rakan tersebut juga jarang keluar malah makan dan minum dilakukan di dalam bilik.Situasi itu menyebabkan wanita berkenaan lebih banyak menghabiskan masa di luar kerana menginginkan privasi dan peluang bersendirian.Dia turut mengeluh apabila rakannya tidak keluar walaupun pada hujung minggu.Namun luahannya mengundang kecaman netizen yang menganggap perkara itu normal, malah menyarankannya menyewa bilik sendiri jika mahukan privasi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kadang-kadang aku pun rasa macam nak ada privasi, nak duduk dalam bilik sendirian tapi rakan sebilik aku ini tak pernah keluar walaupun hujung minggu," tambahnya mengadu nasib.Dia yang cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya bagaimanapun terkedu apabila rata-ratanya menyatakan situasi tersebut adalah normal.Malah tidak kurang juga berpandangan dia perlu keluar dari rumah tersebut dan menyewa sebuah bilik tanpa berkongsi dengan orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Stres setiap kali nak balik kerja! ‘Housemates’ marah-marah, label sombong sebab tak ‘join’ mengumpatARTIKEL BERKAITAN: Lama pendam, gadis luah kemarahan terhadap ‘roommate selfish’ 6 hari sebelum tamat diploma - “Tengah study dia tutup lampu nak tengok movie”"Nak bilik yang privasi, awak sewalah sebuah bilik sendirian, mana ada salah kalau rakan sebilik nak duduk je dalam tu."Malas nak keluar bilik pun satu masalah ke? Rasanya lagi rimas dengan orang yang turun pergi dobi pun nak berteman."Cubalah pasang langsir untuk buat penghadang," demikian reaksi netizen.