suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tiga empat hari je pun!“ - Wanita kerja ‘oversea’ jauh hati, ibu bapa selamba bagi saudara tumpah rumah baru tanpa izin

Setiap anak pasti akan meninggalkan amanah kepada ibu bapanya apabila mereka mengembara ke luar negara. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yang tinggal dan bekerja di luar negara kecewa tidak sempat merasai duduk di rumah pertama yang baru dibeli di Malaysia.

Cerita wanita tersebut, dia memberi amanah kepada ibu bapanya untuk menjaga kediaman tersebut namun tidak menyangka mereka gagal melaksanakan perkara tersebut.

Ini kerana ibu bapanya membenarkan saudara mereka tinggal di rumah tersebut dan apa lebih menyedihkan ia dibuat tanpa pengetahuannya.

Sesiapa sahaja pasti berasa teruja apabila berjaya memiliki rumah pertama. -Gambar hiasan AI

Sesiapa sahaja pasti berasa teruja apabila berjaya memiliki rumah pertama. -Gambar hiasan AI

"Ibu bapa saya terus bagi kunci rumah saya pada mereka tanpa tanya saya terlebih dahulu.

"Saya rasa marah sebab ibu bapa tak hormat langsung saya sebagai pemilik rumah.

"Apabila saya persoalkan mereka cakap alah tak apalah, saudara-mara tumpang sekejap saja, tiga empat hari je pun," adunya yang kesal dan kecewa di Threads.

  • Wanita yang bekerja di luar negara terkilan apabila rumah pertamanya di Malaysia digunakan saudara-mara untuk menumpang tanpa pengetahuannya.
  • Dia sebelum ini mengamanahkan ibu bapanya memegang kunci bagi memantau rumah.
  • Ibu bapanya kemudian menyerahkan kunci kepada saudara yang datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak melanjutkan pengajian di universiti.
  • Wanita kecewa kerana persetujuannya sebagai pemilik tidak diminta terlebih dahulu.
  • Warga maya menyokong perasaannya dan menasihatkan supaya menetapkan batas termasuk menukar kunci bagi mengelakkan kediamannya digunakan lagi tanpa izin.

Luahnya lagi, dia sebenarnya tidak mempunyai masalah sekiranya ada saudara mahu menumpang di rumahnya untuk tempoh beberapa hari.

Namun apa membuatkan dia terkilan apabila ibu bapanya seolah-olah membelakanginya sebagai anak dan pemilik kediaman tersebut.

"Saya rasa kalau mereka maklumkan awal sebelum terus cakap dekat saudara saya 'ok je kot', saya boleh terima.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu melenting ditanya simpanan duit raya tahun lepas, rupanya dah licin! Remaja kecewa kes pecah amanah wujud dalam rumah

ARTIKEL BERKAITAN: ID disalah guna songlap RM500,000 duit syarikat, wanita sumpah bekas bos hidup susah selamanya - "Ya, aku bodoh percayakan dia"

"Tapi saya rasa macam mereka masih ingat saya ini budak! Pandangan saya tak diambil kira untuk keputusan melibatkan keluarga," ujarnya.

Hantaran luahan yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai menyatakan dia layak untuk berasa marah dan kecewa dengan sikap ibu bapanya itu.

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan jika ibu bapanya terus bersikap prihatin terhadap saudara mara kerana berkemungkinan diambil kesempatan di kemudian hari.

Sikap prihatin dan saling membantu sangat digalakkan dalam masyarakat. -Gambar hiasan AI

"Daripada tiga empat hari boleh jadi sebulan dua nanti dengan alasan rumah mahal dan anak tak mampu sewa, biarlah duduk sini.

"Balik nanti terus tukar kunci, jangan bagi ibu bapa kunci rumah dah sebab ada perkara yang memang kena ada batas.

"Tidak amanah terhadap harta anak, itu baru anak masuk universiti... selepas ini saudara tu mesti datang lagi," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain