suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis tersinggung teman lelaki perlekeh status pendidikan, malu ‘couple’ dengan pelajar diploma - “Dia sendiri pun tiada SPM”

Ada lelaki malu berkawan dengan pelajar. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis meluahkan rasa terkilan selepas teman lelakinya didakwa berasa malu mempunyai pasangan yang masih bergelar pelajar.

Menurut gadis berkenaan, dia kini sedang mengikuti pengajian diploma, manakala teman lelakinya bekerja di Singapura.

Katanya, kejadian berlaku ketika mereka keluar makan malam apabila teman lelakinya memintanya menyimpan lanyard yang diletakkan di atas meja kerana kad pelajarnya kelihatan.

“Sebelum ini dia pernah cakap, tutup purse tu, nampak kad pelajar, tetapi aku tak pernah terasa.

Ada wanita tidak kisah pasangan mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi. -Gambar hiasan AI

Ada wanita tidak kisah pasangan mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi. -Gambar hiasan AI

“Tapi malam tadi dia cakap, simpan benda tu, tak payah nak tunjuk terpaling pelajar sangat,” katanya.

Gadis itu berkata, dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjukkan statusnya sebagai pelajar.

"Aku bagi kad bank dekat dia suruh dia bayar, tapi dia tak nak jadi sebab tu aku letak je atas meja. Dekat kedai itu pun tak ada orang, orang pun bukannya perasan kad aku tu. 

"Lepas tu aku tanya kenapa kalau pelajar? Dia jawab tak payah tunjuk, malu couple dengan pelajar sebab budak-budak. Aku sumpah tak tahu nak rasa macam mana," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 'couple' dipaksa masak nasi ayam untuk 20 tetamu di rumah bakal mentua - "Menangis saya di ceruk dapur"

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti ‘couple’ bertukar lawat hospital! Gadis bosan hadap kekasih sakit kanser... Hidup hambar, mahu ucap selamat tinggal

Pengakuan itu membuatkan gadis berkenaan berasa sangat terluka kerana dia mendakwa tidak pernah memandang rendah terhadap latar belakang pendidikan teman lelakinya.

“Dia tak ada SPM, tapi aku tak pernah jadikan benda itu sebagai sebab untuk malu dengan dia. Aku terima dia dengan hati terbuka dan tak pernah anggap dia lebih rendah daripada aku," katanya.

Gadis itu menegaskan bahawa dia tidak pernah menjadikan pendidikan, pekerjaan atau status seseorang sebagai ukuran nilai diri.

“Aku bukan nak merendahkan dia. Aku cuma terlalu sakit hati dengan ayat dia tadi.

  • Teman lelaki didakwa malu kerana gadis masih belajar.
  • Gadis terkilan status pelajarnya dipandang rendah.
  • Teman lelaki dikatakan malu bercinta dengan “budak-budak”.
  • Gadis balas sentuh soal pendidikan kerana terlalu kecewa.
  • Netizen nasihat cari pasangan yang lebih sekufu.

“Aku keluar dengan dia naik motosikal, panas hujan, sakit pinggang, sakit kepala pun aku diam. Aku tak pernah ungkit atau malu dengan keadaan dia,” katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen beranggapan gadis itu sebaiknya mencari lelaki yang lebih sepadan dan memahami keadaannya.

"Tolong cari laki yang sekufu, bukan dari segi pendidikan atau duit tapi cari yang sama dengan sesuai pemikiran awak.

"Dia bukan malu, dia rasa tak selamat. Cari lain la dik. Cari yang bijak," komen warga maya.  

Artikel Lain