suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Pakistan kerap datang bertandang, anak bimbang ibu diperguna... Hari-hari hulur RM100 buat belanja - “Dia kacak, mulut manis!”

Warga emas disaran berhati-hati dengan lelaki warga asing. -Gambar hiasan AI

RAMAI anak-anak bimbang ibu bapa mereka yang sudah berusia mungkin menjadi mangsa penipuan terutama apabila melibatkan individu yang baru dikenali.

Seorang wanita meluahkan kebimbangan selepas mendakwa ibunya yang hampir berusia 70 tahun terlalu rapat dengan seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 20-an.

Menurut wanita itu, lelaki berkenaan didakwa kerap datang ke rumah dan menerima wang daripada ibunya hampir setiap hari.

Lelaki Pakistan cukup dikenali menjalankan perniagaan permaidani. -Gambar hiasan AI

Lelaki Pakistan cukup dikenali menjalankan perniagaan permaidani. -Gambar hiasan AI

“Setiap hari dia akan dapat RM50, RM100 atau RM150. Aku rasa geram sangat.

“Aku nak buat laporan kepada imigresen, tetapi masalahnya mak aku suka sangat dekat lelaki Pakistan ini, macam intan payung,” katanya.

Katanya, dia pernah meminta lelaki itu pulang, namun tindakannya menyebabkan ibunya marah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak angau bercinta dengan lelaki Pakistan, kenal masa tempah langsir... Adik bimbang dipergunakan - “Dia dah ada isteri, anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Bingkai gambar dijual peniaga Pakistan ada penunggu! Tertarik kepada bayi baru lahir - “Ustaz cakap benda tu lapar”

“Rumah tak ada lelaki, cuma aku dengan emak berdua. Geram aku rasa macam nak lempang muka dia,” katanya.

Wanita itu turut mendakwa sudah mengambil gambar lelaki berkenaan secara senyap dan menghantarnya kepada jiran untuk mendapatkan pandangan.

"Jiran cakap dia kacak, memang mulut Pakistan itu sentiasa manis," katanya.

  • Anak bimbang ibu hampir 70 tahun dipergunakan lelaki Pakistan.
  • Lelaki itu didakwa terima RM50 hingga RM150 setiap hari.
  • Ibu dikatakan terlalu menyayangi lelaki berusia 20-an itu.
  • Anak mahu buat laporan imigresen kerana curiga dengan hubungan mereka.
  • Netizen nasihatkan keluarga pantau kewangan dan keselamatan ibu.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen yang menasihatkan wanita itu mendapatkan pandangan ahli keluarga lain supaya ibunya tidak menjadi mangsa penipuan.

"Dia nak pergunakan mak awak untuk kelangsungan hidup dia dekat sini. Nanti dia nak kahwin dia guna mak awak untuk buka kedai runcit.

"Teringat kejadian mak mentua saya. Beratus ribu habis dekat dia. Bila lapor polis tak jalan sebab mentua yang bagi duit dekat dia.

"Cuba bawa pergi berubat. Risau mak awak kena calit je," cadang warga maya.

Artikel Lain