ISU mengenai kod pemakaian ketika menghadiri majlis perkahwinan sering dibangkitkan sehingga menjadi perdebatan di media sosial.Menurut seorang wanita, dia kurang senang melihat pemakaian segelintir individu yang bukan sahaja tidak kemas, malah boleh dianggap seolah-olah mencacatkan majlis. “Biasanya Malaysia akan selalu menang kalau nak bandingkan apa-apa dengan Indonesia. Tapi ada satu yang rakyat Malaysia masih terkebelakang.Tetamu perlu berpakaian sopan dan bersesuaian bagi menghormati majlis. -Gambar hiasan AI“Perkara itu adalah pemakaian T-shirt dan seluar jeans ketika kenduri. Spesies B40 macam ni memang layak diludah, sangat menjiwai watak Rohingya,” tulisnya.Menurut Wanita itu lagi, tetamu sepatutnya memakai pakaian bersesuaian walaupun ia tidak dinyatakan secara spesifik oleh tuan rumah.“Spesies Melayu rempit ramai pakai macam ni. Walaupun tuan rumah tak maklumkan tentang kod pemakaian, kau sebagai manusia ada otak kena faham sendiri la,” tulisnya lagi.Wanita tegur pemakaian tetamu yang tidak bersesuaian untuk menghadiri kenduri.Dia mengakui kurang senang melihat tetamu memakai seluar jeans dan baju jersi.Dia menganggap golongan itu sebagai B40 atau rempit yang wajar untuk ditegur.Netizen berkata banyak lagi pakaian bersesuaian yang boleh dibeli pada harga murah.Ringkasan ini dijana oleh AIKenyataan yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu ternyata mengundang perhatian ramai sehingga ia dihujani hampir lebih 300 komen netizen.“Negeri Pantai Timur banyak yang jenis macam ni. Pergi kenduri pakai baju jersi dan T-shirt.“Padahal baju kurta dan seluar slack modal tak sampai RM50 pun. B40 adalah tahap pemikiran, bukan sekadar kelas ekonomi,” tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Terbeban ikut tema warna keluarga, wanita luah bukan berkira tapi ‘poket menangis’ tiap kali ada majlis kahwinARTIKEL BERKAITAN: Terbeban ikut tema warna keluarga, wanita luah bukan berkira tapi ‘poket menangis’ tiap kali ada majlis kahwinPada masa sama, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan teguran kasar wanita berkenaan.“Janganlah cakap macam semua rakyat Malaysia buat macam tu. Biasanya kaum wanita bersungguh-sungguh bersiap untuk pergi kenduri.“Apa saja yang tak elok semua B40. Mulia sangat ke jadi orang kaya? Kalau tak suka, jangan mengata,” tulis netizen lagi.