suria

Terbeban ikut tema warna keluarga, wanita luah bukan berkira tapi ‘poket menangis’ tiap kali ada majlis kahwin

Kebanyakan keluarga gemar menetapkan warna tema bagi majlis perkahwinan agar kelihatan cantik berpakaian sedondon. -Gambar hiasan AI

DALAM sesetengah keluarga, tradisi menetapkan warna tema bagi setiap acara besar seperti hari raya, pertunangan atau perkahwinan dianggap 'wajib' demi keseragaman dan kemeriahan majlis. 

Mungkin ia juga salah satu cara mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun bagi seorang wanita ini yang sememangnya dilahirkan dalam sebuah keluarga besar, tradisi sedemikian sebenarnya agak membebankan. 

Meluahkan pandangan menerusi satu hantaran di Threads, wanita tersebut berkata, boleh dikatakan saban tahun setiap ahli keluarga perlu menyediakan pakaian berbeza demi mengikut tema majlis.

"Sepupu aku ramai. Satu tahun boleh kata ada banyak majlis. Tunang, kahwin dan kebiasaan ada baju warna tema. Tunang warna lain, kahwin warna lain," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perut dah kenyang nak bergosip pula! Pemuda panas hati tetamu kenduri kahwin suka melepak, habis makan tapi tak bangun

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga T20 dipuji buat majlis kahwin bajet RM10,000... Hantaran pun tak bagi - “Anak aku dapat mas kahwin, cincin dan gelang”

Dia turut membandingkan keadaan tersebut dengan zaman kanak-kanaknya yang tidak terlalu menitikberatkan soal tema warna dalam majlis keluarga.

"Masa kecil dulu mana ada tema bagai ni. Growing up tengok raya pun pakai sedondon. Cantik tu cantik. Cuma 'ongkos' tak berapa lawa," katanya secara berseloroh.

Tambahnya lagi, cabaran utama bukan sekadar pada aspek pemilihan warna, tetapi juga kos dan praktikaliti pakaian tersebut untuk digunakan semula dalam kehidupan harian.

"Masalahnya pergi kerja pakai seluar je banyak. Baju kurung yang bertema tu satu warna dan selalunya kosong. Ada corak pun sikit je. Aku okay kalau majlis tu setahun sekali.

Setiap individu mempunyai majlis perkahwinan impian masing-masing. -Gambar hiasan AI

"Tapi sepupu ramai. Satu tahun tu lebih daripada tiga majlis. Kahwin dan tunang dalam tahun yang sama. Lain orang nak lain warna. Menangis sis," luahnya lagi.

Wanita berkenaan bagaimanapun menegaskan dia bukan berkira atau menolak tradisi keluarga, sebaliknya hanya meluahkan rasa terbeban dengan keadaan dihadapinya.

"Aku bukan berkira. Cuma aku rasa terbeban. Korang buat macam mana ya? Ke korang okay je baju warna bertema ni?" soalnya meminta pandangan orang ramai mengenai perkara tersebut.

Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi yang pelbagai.

  • Seorang wanita luah rasa terbeban dengan tradisi keluargaa besarnya.
  • Setiap majlis kahwin atau bertunang, semua perlu ikut warna tema yang ditetapkan.
  • Dia mempunyai sepupu yang ramai, dan boleh dikatakan setiap tahun akan ada majlis bertunang mahupun perkahwinan.
  • Dia menegaskan bukan hendak berkira, namun merasakan tradisi itu tidak praktikal.
  • Netizen bersetuju dengan pandangannya dan berpendapat tema baju bukan lambang kesepakatan sesebuah keluarga.

Ada bersetuju dengan pandangannya, tidak kurang juga berpendapat tema warna sekadar cadangan dan tidak seharusnya dijadikan satu kewajipan sehingga membebankan ahli keluarga lain.

"Sepakat dekat baju je buat apa? Kalau betul sepakat, duduk merewang macam kenduri mak-mak kita dulu.

"Kalau nak family ikut tema, sponsor la. Gila setahun berkali-kali ikut tema.

"Family kami, kalau dalam tahun tu ada yang nak kahwin, masa raya semua beli baju yang nak pakai masa kenduri tu... jimat," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain