Tidak dinafikan segelintir tetamu di majlis kahwin tidak mempunyai 'common sense' sehingga menimbulkan rasa kurang senang tetamu lain. -Gambar hiasan AI
DALAM kemeriahan menghadiri majlis kenduri, adab dan sikap bertimbang rasa seharusnya dititikberatkan oleh setiap tetamu. Namun, masih ada segelintir individu yang dilihat kurang peka terhadap keselesaan orang lain sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan tetamu lain. Situasi itu turut menarik perhatian seorang individu ini yang tampil meluahkan pandangannya selepas berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menghadiri sebuah majlis kenduri.Menerusi perkongsiannya di Threads, individu berkenaan menegur budaya suka ‘melepak’ di meja makan ketika waktu puncak.Kita dinasihatkan untuk membawa adab ketika menghadiri sesuatu majlis. -Gambar hiasan AI"Boleh tak warga Malaysia kalau pergi kenduri, tak kisahlah kenduri kahwin ke apa... biasakan diri bangun dari kerusi kalau dah habis makan. Jangan pentingkan diri sangat," tulisnya.Menurut pemuda itu lagi, ada juga tetamu yang menggunakan kerusi untuk meletakkan barangan peribadi walaupun pada ketika itu masih ramai yang sedang mencari tempat duduk.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih majlis kahwin Melayu ikut acuan Barat... Tetamu wajib bagi hadiah, polisi tak boleh bawa anakARTIKEL BERKAITAN: Tetamu malu ditegur di majlis kahwin sebab bersolek kalah pengantin! Tujuan mekap tebal cuma nak tutup cela wajah"Satu lagi, kerusi untuk orang duduk, bukannya letak barang. Aku sakit hati betul apabila dia dah nampak ada orang dukung baby tapi buat buta je main telefon bimbit, bukannya nak offer orang tu duduk. "Paling geram yang dah habis makan tu bukannya nak berambus tapi duduk bersembang dan bergosip. Hormatlah tetamu lain yang belum makan," luahnya lagi.Perkongsian individu tersebut mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan pelbagai reaksi.Rata-ratanya bersetuju dengan tegurannya kerana pernah melalui situasi hampir serupa.Seorang individu kongsi pengalaman kurang menyenangkan di sebuah majlis perkahwinan.Dia tercari-cari tempat duduk kerana ramai tetamu masih enggan bangun biarpun sudah selesai makan.Malah ada yang meletakkan beg atau barang peribadi di atas kerusi.Paling geram, ada segelintir tetamu enak bersembang tanpa hiraukan tetamu lain.Dia terpanggil untuk buat teguran agar setiap individu mempunyai common sense. Ringkasan ini dijana oleh AI"Kita ni lepas dah habis makan terus nak balik, simpati orang lain nak duduk. Betapa pentingnya common sense ni."Ini salah satu sebab mengapa kita patut pertimbang untuk adakan majlis perkahwinan intimate. Ini bukan zaman mak ayah kita nak jemput beratus orang."Pengacara majlis patut main peranan juga. Apabila nampak orang tercari-cari tempat duduk, boleh buat pengumuman minta yang dah selesai makan untuk bangun," komen netizen.Namun ada juga berpandangan situasi berkenaan adalah normal bagi sesebuah majlis perkahwinan, justeru tetamu disaran untuk tidak berat mulut dan bertanya sekiranya mahu mengambil tempat duduk.