suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SA asyik bersembang dekat kaunter, wanita hampa hasrat nak beli kereta tidak kesampaian... Sia-sia bawa semua dokumen!

Situasi atau layanan kakitangan premis yang kurang menyenangkan mampu memberi kesan kepada kepuasan pelanggan. -Gambar hiasan AI

LAYANAN baik serta mesra ketika berurusan dengan pelanggan sememangnya menjadi antara perkara penting dalam dunia perniagaan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pembelian bernilai tinggi seperti kereta.

Namun, pengalaman berkunjung ke sebuah pusat pameran kereta ternyata meninggalkan kesan buat seorang wanita ini apabila dia mendakwa langsung tidak didatangi mana-mana penasihat jualan (SA) sepanjang  berada di premis berkenaan.

"Kami sekeluarga pergi ke sebuah pusat pameran nak survey kereta. Untuk tempoh 30 minit di sana, saya dan suami tengok sendiri interior semua kereta yang ada.

"Sebabnya tak ada seorang pun SA (penasihat jualan) datang," ujarnya.

Memiliki kenderaan baharu sememangnya impian setiap anak muda. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita tersebut, ketika itu terdapat beberapa staf di bahagian kaunter, namun mereka seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran dia dan keluarganya..

Kecewa dengan situasi berkenaan, wanita itu dan keluarganya mengambil keputusan untuk terus meninggalkan premis tanpa mendapatkan sebarang penerangan lanjut mengenai kenderaan yang ditinjau.

Tambah wanita itu lagi, dia sebenarnya sudah bersedia dengan semua dokumen yang diperlukan sekiranya berkenan untuk meneruskan urusan tempahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tak seberapa tapi adik bersungguh nak beli kereta, rupanya awek desak - "Dia macam lembu dicucuk hidung"

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Gen Z beli kereta pertama tinggal kenangan, bank ‘reject’ permohonan pinjaman sebab kad kredit dan BNPL

"Lalu kami pun keluar. Masa tu saya dah siap sedia dengan semua dokumen sebenarnya," ujarnya tanpa mendedahkan nama pusat pameran kereta yang dikunjungi.

Menurut wanita itu lagi, pengalaman tersebut membuatkan hatinya tertutup untuk kembali berkunjung ke mana-mana pusat pameran kereta selepas kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, dia memilih untuk melihat perkara tersebut dari sudut positif dan menganggap mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

  • Seorang wanita kecewa apabila tidak didatangi mana-mana SA ketika mengunjungi sebuah pusat pameran kereta.
  • Dia bersama suami menghabiskan masa kira-kira 30 minit melihat kereta sendiri tanpa bantuan.
  • Terdapat beberapa staf di kaunter, namun kehadiran mereka tidak diendahkan.
  • Dia akhirnya memilih untuk meninggalkan pusat pameran tersebut.
  • Ada netizen kongsi pengalaman masing-masing, namun ada yang meminta pelanggan terus bertanya SA jika perlu bantuan. 

"Tak apalah, mungkin hikmahnya, kami tak perlu pun kereta baharu," akhirinya. 

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi bercampur, dengan ada yang berkongsi pengalaman serupa hingga membuatkan mereka berubah fikiran.

Namun, ada juga yang berpendapat kemungkinan terdapat faktor tertentu menyebabkan penasihat jualan tidak terus mendekati wanita tersebut dan keluarganya, sekali gus menyarankan supaya pelanggan bertanyakan terus kepada staf sekiranya memerlukan bantuan.

Artikel Lain