suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Impian Gen Z beli kereta pertama tinggal kenangan, bank ‘reject’ permohonan pinjaman sebab kad kredit dan BNPL

Permohonan pinjaman bank individu graduan baharu ataupun Gen Z berisiko ditolak akibat penggunaan kad kredit yang kurang cermat. -Gambar hiasan AI

PENGGUNAAN kad kredit sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda atau Generasi Z (Gen Z) bagi menampung gaya hidup mewah mereka.

Tidak hanya itu, kemudahan kredit jangka panjang iaitu Buy Now, Pay Later (BNPL) membuatkan ramai rambang mata untuk berbelanja tanpa mengambil kira akibatnya di kemudian hari.

Paling merisaukan apabila semakin ramai anak muda turut terjerat dengan hutang kad kredit dan BNPL sehingga sukar keluar daripada masalah hutang.

Perunding kewangan qimotivation di laman Threads mendedahkan rata-rata Gen Z mengalami kesukaran setiap kali ingin memohon pinjaman bank terutamanya ketika pembelian kereta kali pertama.

Ia susulan rekod bayaran bank dan komitmen yang terlampau tinggi sehingga menyebabkan permohonan pinjaman ditolak. 

"Saya takut tengok penyata bank Gen Z sekarang, saya jual kereta jadi memang selalu nampak pattern customer.

"Yang baru nak beli kereta kali pertama, banyak kes susah nak lepas pinjaman bila bank tengok komitmen dan corak perbelanjaan.

"Paling ketara BNPL, nampak RM50-RM100 je sebulan tapi bila kumpul semua komitmen boleh jadi besar, sekarang baru kereta pertama, 5 ke 10 tahun lagi nak beli rumah, kahwin tapi hutang dah bertimbun," katanya.  

Bagaikan trend, perkara itu menurutnya telah menjadi ikutan graduan lepasan universiti yang terus membuat pinjaman kad kredit tanpa memikirkan bebanan komitmen mendatang.

"Soalan serius, lepas habis belajar terus ambil kad kredit dan BNPL ke? 

"Bukan nak kritik, cuma kredit kena belajar urus dari awal, bank bukan tengok gaji semata-mata, bank tengok cara kita urus duit juga," tambahnya.

Dalam pada itu, penggunaan bayaran secara BNPL dan kad kredit boleh mempengaruhi penilaian risiko kredit dan kelayakan pinjaman bank.

Bayaran tepat pada masa ditetapkan mencerminkan tingkah laku kewangan peminjam manakala sebarang isu kelewatan atau kegagalan akan menjejaskan rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang akhirnya menyebabkan pinjaman ditolak.

Artikel Lain