suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesara duduk Kelantan ‘sesak’ walaupun pencen RM7,500 sebulan! Tiga anak masih belajar, ‘loan’ kereta pula RM2,000

Pasangan suami isteri berisiko berdepan kesempitan hidup walaupun selepas pencen. -Gambar hiasan AI

SETIAP daripada kita pasti membayangkan kehidupan tenang dan bebas daripada cengkaman hutang selepas bersara.

Namun siapa sangka apa diimpikan hanya sekadar angan-angan kerana masih ramai yang terpaksa membayar hutang atau menanggung anak walaupun di usia senja.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian seorang penasihat kewangan Nadzir Mansor di laman Threads berhubung situasi dihadapi pasangan suami isteri ini yang masih berdepan kesempitan hidup selepas pencen. 

Meskipun memiliki wang pencen lebih RM7,500 sebulan, pasangan itu tetap terikat dengan komitmen dan keperluan keluarga yang menelan kos perbelanjaan besar.

Keadaan lebih meruncing apabila tiga anaknya kini sedang melanjutkan pengajian di universiti selain turut mempunyai hutang kereta yang masih belum selesai dibayar. 

"Pencen RM7,500 sebulan pun masih boleh rasa sempit, saya terbaca perkongsian daripada pasangan yang baru pencen kurang daripada setahun.

"Mereka menerima pencen kerajaan sekitar RM7,500 sebulan dan tinggal di Kelantan tetapi tiga orang anak masih di IPTA, seorang di peringkat sarjana dan dua lagi di peringkat ijazah.

"PTPTN pula hanya menampung yuran pengajian, ditambah ansuran dua kereta sebanyak RM2,000 sebulan kehidupan selepas pencen akhirnya terasa agak sempit," katanya.

Menyifatkan ia sebagai salah satu risiko boleh dihadapi pasangan selepas pencen, Nadzir tegas menyatakan betapa pentingnya untuk individu merancang sumber pendapatan serta simpanan di hari tua.

Jelasnya, ramai terlepas pandang bahawa komitmen anak masih berjalan walaupun selepas pencen dan lebih kritikal apabila segala hutang seperti pinjaman rumah, kereta dan pembiayaan pengajian juga perlu dilunaskan setiap bulan.

"Selepas pencen, struktur kewangan berubah tapi komitmen anak mungkin masih berjalan, hutang kereta masih perlu dibayar, rumah masih perlu diselenggara, kos kesihatan boleh meningkat dan inflasi tetap berjalan.

"Sebab itu perancangan persaraan bukan sekadar mengumpul duit sebanyak mungkin, kita perlu susun aset, hutang, cash flow, sumber pendapatan persaraan dan keperluan keluarga supaya semuanya masuk akal untuk fasa kehidupan seterusnya.

"Kepada yang bakal pencen jangan tunggu sampai pencen baru kira sekurang-kurangnya tiga ke lima tahun sebelum bersara, buat simulasi sebenar kehidupan selepas pencen," katanya.

Tambahnya, enam perkara perlu diambil kira iaitu perbelanjaan bulanan, baki komitmen, pendidikan anak, sumber pendapatan, dana kecemasan dan tempoh simpanan boleh bertahan.

Sekiranya jumlah komitmen masih melebihi wang persaraan, sebaiknya individu mula merancang strategi perbelanjaan sebelum bersara.

Artikel Lain