suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai tak sedar aset digital kekal ‘terapung’ selepas meninggal dunia, pakar kewangan ajar cara buat persediaan

Aset digital dari tng ewallet dan shopee merupakan satu perkara sukar dituntut usai pemilik akaun meninggal dunia. -Gambar hiasan AI

LAZIMNYA apabila seseorang meninggal dunia, perhatian waris akan tertumpu kepada aspek pengurusan aset fizikal seperti rumah, tanah, kenderaan dan wang simpanan di bank.

Namun dalam era digital masa kini, terdapat satu perkara sering diabaikan iaitu aset digital termasuk akaun media sosial, gambar dan dokumen dalam storan awam, e-mel serta baki dalam dompet digital (e-wallet). 

Perunding kewangan, Sharina Rahim menerusi perkongsian di Threads mengingatkan orang ramai supaya merancang lebih awal mengenai apa yang akan berlaku kepada aset digital seperti akaun Facebook, Instagram, Google Photos, iCloud atau e-wallet sekiranya pemilik meninggal dunia.

"Ramai ingat harta cuma rumah, tanah atau wang di bank tapi hakikatnya aset digital kita akan kekal terbiar di 'awan' kalau tak dirancang dari awal.

"Orang fikir bila berlaku kematian, keluarga terdekat boleh terus buka dan urus akaun kita dengan mudah, sebenarnya syarikat tech gergasi macam Apple, Meta (FB/IG) & Google ada polisi privasi yang sangat ketat," katanya.

Dalam keadaan tertentu, waris boleh memohon agar akaun si mati ditutup atau ditukar kepada status tertentu, namun proses berkenaan biasanya memerlukan dokumen sokongan seperti sijil kematian.

Sharina dalam masa sama turut berkongsi beberapa langkah yang boleh dilakukan orang ramai bagi memastikan pengurusan akaun digital lebih teratur sekiranya berlaku kematian.

"Sebelum akaun kita bertukar jadi 'akaun hantu', korang boleh tetapkan dua benda penting ni.​

"Facebook atau Instagram (Legacy Contact): Go to Settings > Personal Details > Account Ownership > Memorialization Settings. Lantik seorang waris untuk urus akaun atau tukar status ke 'mengingati'.

"Google (Inactive Account Manager), layari https://myaccount.google.com/inactive, set berapa bulan akaun tak aktif dan tentukan sama ada nak padam data automatik atau bagi akses download pada waris terpilih," katanya.

Selain media sosial dan storan awan, aset digital yang mempunyai nilai kewangan juga wajar diberi perhatian.

Antaranya termasuk mata wang kripto, baki e-wallet, akaun perniagaan dalam platform e-dagang, akaun pencipta kandungan serta pendapatan daripada royalti atau platform digital.

Menurutnya, bagi individu yang mempunyai aset digital bernilai tinggi, perancangan lebih formal seperti memasukkannya dalam wasiat boleh dipertimbangkan bagi memudahkan urusan waris.

Langkah berkenaan juga dapat mengurangkan risiko aset digital hilang atau gagal diakses selepas pemilik meninggal dunia.

Artikel Lain