suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Modal tak sampai RM50, untung 10 kali ganda! Lelaki ini kongsi ‘starter pack’ berniaga ‘car boot sale’

Kebanyakan peniaga memilih untuk berniaga di CBS kerana ia memerlukan modal kecil. -Gambar hiasan AI

MENCARI pendapatan sampingan tidak semestinya memerlukan modal yang besar. 

Dengan barang sedia ada di rumah dan sedikit persediaan, car boot sale (CBS) boleh menjadi antara pilihan untuk mereka yang mahu mencuba berniaga secara kecil-kecilan.

Perkara itu dikongsikan seorang individu, Danial Hafriz yang hanya mengeluarkan modal sebanyak RM48 ketika berniaga di car boot sale namun berjaya membawa pulang keuntungan RM532 dalam satu malam.

Menerusi perkongsian itu, Danial yang suka mencari barangan bundle ini turut berkongsi lima perkara asas atau starter pack boleh dijadikan panduan buat mereka yang mahu mencuba.

1. Tidak memerlukan modal besar

Bagi yang baru mahu bermula, tidak semestinya perlu membeli stok baharu kerana barang sendiri yang sudah tidak digunakan tetapi masih elok boleh dijadikan jualan. 

Cara itu membolehkan peniaga bermula dengan modal yang sangat minimum.

2. Cari tapak murah

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah kos sewaan tapak.

Peniaga baharu disarankan mencari tapak niaga murah, khususnya yang mengenakan bayaran bawah RM100 supaya keuntungan tidak banyak terjejas.

Antara kadar tapak car boot sale atau flea market yang dikongsikan di sekitar Lembah Klang adalah sekitar RM25 hingga RM70, bergantung kepada lokasi dan penganjur.

3. Sediakan kenderaan

Tidak semestinya perlu menggunakan kenderaan besar untuk berniaga.

Kereta, van atau motosikal juga boleh digunakan bergantung kepada jumlah dan jenis barang yang ingin dibawa ke tapak jualan.

4. Meja lipat antara keperluan asas

Bagi memastikan barang jualan lebih mudah disusun, meja lipat yang ringan dan mudah dibawa boleh disediakan.

Penggunaan meja juga membuatkan ruang jualan kelihatan lebih kemas dan estetik berbanding meletakkan semua barangan terus di atas lantai.

5. Kemas dan cantikkan ruang jualan

Selain barang yang dijual, susunan ruang juga boleh memainkan peranan untuk menarik perhatian pelanggan.

Lapik meja boleh digunakan untuk menjadikan ruang jualan kelihatan lebih kemas dan menarik serta memastikan barang mudah dilihat dan pelanggan selesa untuk memilih.

Artikel Lain