suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Individu menyesal guna BNPL tanpa kawalan, skor kredit CTOS mula terjejas

Pengguna aplikasi BNPL berisiko berdepan isu tunggakan ataupun skor kredit rendah CTOS. -Gambar hiasan AI

DI zaman serba canggih kini, pilihan bayaran secara ansuran ataupun Buy Now, Pay Later (BNPL) kian menjadi pilihan masyarakat khususnya generasi muda.

Sama ada pinjaman mahupun bayaran ansuran, setiap bil boleh dibahagikan kepada beberapa bulan berdasarkan komitmen dan kemampuan individu.

Pun begitu, tanpa disedari segala transaksi dibuat sebenarnya mendatangkan kesan terhadap Credit Tip-Off Service (CTOS) yang boleh menyebabkan skor kredit jatuh, kesukaran mendapat pinjaman bank atau disenarai hitam.

Berkongsi luahan di laman Threads, Rantdoll nyata kesal dengan situasi menimpa dirinya apabila rekod CTOS peribadinya dikategorikan sebagai tertunggak dek kerana pinjaman dibuat menerusi platform Ryt PayLater.

"Saya baru periksa CTOS, saya saja ulitilize Rytpaylater bulan lepas, bil belum reflect kena tunggu 20 hari bulan, tapi dah masuk CTOS outstanding ya! 

"RM1,100 saya guna, saya belum perlu bayar pun dan memang nak bayar 'lumpsum', hati-hati la siapa yang berniat nak guna Ryt PayLater.

"Saya buat dua transaksi besar menggunakan Ryt PayLater, satu sudah masuk bil manakala satu lagi belum reflect dalam bil tapi dekat CCRIS sudah jadi tunggakan," ujarnya.

Mendapatkan pencerahan lanjut dari pihak berkenaan, Rantdoll mengesahkan skor kredit CTOS peribadinya telah diisytihar tertunggak ekoran baki bayaran pinjaman yang belum dilunaskan.

"Saya hubungi Ryt PayLater dan sah apa sahaja penggunaan paylater akan reflected dalam CCRIS pada hari ke-10 setiap bulan.

"Selagi awak tak habis bayar jumlah paylater yang digunakan, selagi itulah ada dalam CCRIS anda! Jadi jangan culas bayar paylater, rosak skor kredit nanti," tambahnya.

Sebagai info, kelewatan bayaran BNPL boleh menjejaskan rekod dan penilaian kredit pengguna sekiranya tunggakan tersebut dilaporkan oleh penyedia kepada agensi pelaporan kredit.

Tunggakan yang berulang atau berpanjangan berpotensi menyukarkan pengguna mendapatkan kemudahan kredit pada masa hadapan.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk