suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertanyaan Lisa Surihani tentang penyucian kewangan curi tumpuan, perunding kewangan kongsi 5 aspek perlu diberi perhatian

Datin Lisa Surihani meminta pandangan ramai berhubung cara penyucian harta.

HANTARAN dimuat naik pelakon popular Datin Lisa Surihani berhubung tip penyucian kewangan baru-baru ini nyata mencuri perhatian ramai.

Sudah lama memendam hasrat untuk mempelajari ilmu pengurusan kewangan dan harta, bintang filem Lagenda Budak Setan itu akui dirinya mempunyai pengetahuan yang sangat terhad mengenai topik tersebut.

"Jujurnya sudah lama nak belajar tentang cara penyucian kewangan dan harta, tapi Lisa mempunyai pengetahuan yang sangat terhad mengenainya.

"Tidak ada pengalaman atau pengetahuan dalam topik ini dan saya perlu memahami mengenainya dengan lebih baik, harap boleh kongsi pengetahuan dan pengalaman korang supaya kita semua boleh sama-sama belajar dan mencari barakah," katanya.

Pertanyaan itu kemudiannya mendapat perhatian perunding kewangan, Iman Abdul Rahim yang berkongsi beberapa perkara asas boleh diperiksa dalam pengurusan kewangan seseorang Muslim.

Antara aspek yang boleh diberi perhatian ialah:

1. Semak status KWSP dan simpanan

Antara perkara pertama yang boleh diperiksa ialah jenis simpanan atau pelaburan yang dimiliki termasuk akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Individu Muslim boleh menyemak sama ada simpanan persaraan peribadi berada dalam pilihan patuh syariah atau konvensional.

2. Semak bank dan simpanan kewangan 

Lokasi wang disimpan juga antara perkara yang wajar diberi perhatian.

Pemilik akaun boleh menyemak bank digunakan serta jenis produk kewangan dimiliki termasuk akaun simpanan, pelaburan dan instrumen kewangan lain.

Perkara penting bukan sekadar bank itu sendiri, tetapi struktur dan jenis produk digunakan kerana terdapat perbezaan antara perbankan Islam serta konvensional dari segi prinsip digunakan.

"Periksa tempat simpan duit, Ryt Bank, Boost Bank, GX Bank ni antara yang belum syariah compliant," katanya.

3. Kad kredit

Kad kredit juga tidak terkecuali daripada semakan terutama bagi pengguna Muslim yang mahu memastikan urusan kewangan harian mereka mematuhi prinsip syariah.

Pengguna perlu melihat dari segi struktur dan akad kad kredit yang digunakan termasuk cara caj dikenakan serta terma dan syarat berkaitan.

4. Semak kewajipan zakat

Selain zakat pendapatan, seseorang itu juga perlu menilai sama ada mereka mempunyai harta atau aset lain yang telah memenuhi syarat wajib zakat.

Antaranya termasuk zakat simpanan, emas atau pelaburan bergantung kepada jenis harta ataupun jumlah dimiliki serta syarat seperti nisab dan haul.

Individu dengan simpanan atau aset yang semakin berkembang disaran membuat semakan secara berkala dengan institusi negeri masing-masing bagi menentukan jenis zakat berkaitan serta jumlah perlu ditunaikan.

5. Semak takaful atau insurans

Pemilik polisi boleh menyemak sama ada perlindungan yang dimiliki merupakan takaful atau insurans konvensional serta memahami struktur produk berkenaan.

Takaful beroperasi berasaskan prinsip syariah termasuk konsep saling membantu dan perkongsian risiko manakala insurans konvensional pula mempunyai struktur yang berbeza.

Artikel Lain