GARA-GARA mahu menambah pendapatan, seorang lelaki tidak menyangka keputusan yang disangkanya sebagai peluang keemasan rupanya jalan singkat menuju perangkap scam hingga rugi puluhan ribu ringgit.Adam Kelvin menerusi perkongsian di laman Facebook menceritakan detik pahit apabila dia yang terdesak mahu mencari duit poket tambahan, akhirnya gigit jari selepas terpedaya dengan tawaran belian kereta murah daripada seorang individu mendakwa diri sebagai pegawai kastam.Segalanya bermula apabila dia didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai 'Pakcik Rosli'.Pakcik Rosli berkongsi idea pelan perniagaan yang nampak cukup meyakinkan untuk menjana income bulanan melalui pembelian tiga buah Perodua Viva. Disogok dengan imaginasi hasil sewaan yang lumayan, Adam tanpa berfikir panjang sanggup menjual satu-satunya kenderaan miliknya demi mengumpul modal RM21,000 untuk menjayakan perancangan berkenaan."Saya tanya dia nak buat apa sampai tiga buah kereta? Bukan boleh bawa serentak dalam satu masa pun."Kemudian dia cadangkan... awak boleh sewakan dua buah kereta, sebuah awak guna. Lagi dua kereta tu boleh generate income, lagi pun awak tinggal kat area Wangsa Maju, laku macam pisang goreng kot."Dengan keadaan yang agak terdesak nak tambah income, saya terus jual satu-satunya kereta Saga yang dimiliki ketika itu," katanya.Namun, keterujaan Adam mahu menuai hasil pendapatan sampingan itu bertukar duka apabila dia mula sedar sudah menjadi mangsa penipuan sejurus transaksi pemindahan wang selesai dilakukan.Segala perancangan perniagaan yang dibayangkan lebur begitu sahaja selepas Pakcik Rosli menghilangkan diri dan gagal dihubungi untuk penyerahan kenderaan seperti yang dijanjikan."Keesokan harinya saya call dia untuk ambil kereta kat pejabat kastam, tak dapat dah, nombor not in service Pakcik Rosli tu went missing call tak dapat, saya cari pun tak jumpa."Saya baru tersedar sebenarnya saya ditipu hidup-hidup tak tahulah apa yang merasuk saya, sampai je bilik sewa saya jerit kuat-kuat kerana sakit hati ditipu."Akhirnya macam ni saja saya ditipu, saya kena mula semula from zero, moral saya sangat down sumpah masa tu rasa nak terjun dari tempat tinggi," luahnya menanggung penyesalan.Menganggap ia sebagai memori pahit, Adam yang ketika itu baru berusia awal 20-an menjadikannya sebagai pengajaran hidup yang tak akan dilupakan selain turut lebih berhati-hati dengan sebarang taktik penipuan individu tidak dikenali.