suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bil elektrik dijangka lebih murah, kadar surcaj AFA September turun... Ini cara elak caj melambung cecah RM215 sebulan

Kadar AFA bagi bulan September dikatakan mengalami penurunan pada 3.67 sen (kWj). -Gambar hiasan AI

ISU kenaikan bil elektrik kerap kali mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi ketika ramai yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Pun begitu, berita baik buat pengguna isi rumah apabila kadar Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA) bagi September 2026 mencatatkan penurunan berbanding bulan sebelumnya.

Menurut perkongsian Penganalisis Industri Tenaga, Abdullah Zubair di Threads, kadar AFA bagi tempoh 1 hingga 30 September 2026 ditetapkan pada +3.67 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWj), berbanding +3.80 sen/kWj pada Ogos.

Katanya, penurunan itu merupakan kali pertama dicatatkan sejak mekanisme tersebut mula mengenakan surcaj pada Mei lalu.

"Ada berita baik untuk bil elektrik bulan ini, kadar AFA bagi September 2026 diturunkan kepada +3.67 sen/kWj.

"Ini adalah kali pertama kadar surcaj AFA mencatatkan penurunan sejak ia mula bertukar menjadi surcaj pada bulan Mei lalu," katanya.

Menurutnya, trend penurunan kadar bagi September antara lain dipengaruhi oleh penurunan kos bahan api untuk penjanaan elektrik negara berbanding tempoh sebelumnya.

Apabila kos bahan api menurun, kadar pelarasan AFA turut diselaraskan bagi mencerminkan situasi semasa kos bahan api negara.

Menariknya, berdasarkan unjuran tiga bulan terbaharu daripada Single Buyer, kadar AFA dijangka terus menyusut untuk dua bulan akan datang sebelum diramal meningkat semula pada Disember.

Bagi Oktober 2026, kadar AFA diunjurkan pada +3.36 sen/kWj, manakala November pula dijangka turun kepada +2.81 sen/kWj.

Walaupun kadar AFA berubah mengikut kos bahan api, pengguna isi rumah masih boleh mengambil langkah untuk mengawal jumlah penggunaan elektrik bulanan.

"Anda sebenarnya boleh elak 100 peratus daripada kena caj AFA ni, penggunaan elektrik di bawah 600 kWj sebulan atau sekitar RM215 ke bawah dikecualikan sepenuhnya daripada caj surcaj AFA.," katanya.

Macam mana kawal penggunaan bawah 600 kWj?

1. Tetapkan suhu air-cond pada suhu 24-26°C + kipas

2. Servis filter air-cond supaya kekal efisien

3. Matikan suis soket barang elektrik apabila tak guna

4. Guna washing machine / dryer dengan load penuh 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu selesa sebaliknya terus berdisiplin mengawal penggunaan tenaga di rumah masing-masing.

"Walaupun kadar AFA turun untuk dua ke tiga bulan ni, matlamat utama kita tetap sama iaitu kawal penggunaan bulanan di bawah 600 kWj supaya tak perlu pening fikir pasal surcaj.

"Rancang dan pantau penggunaan tenaga rumah anda daripada sekarang," ujarnya.

Artikel Lain