suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan merentan sewa rumah naik dua kali ganda! Pemilik dilindungi undang-undang, tapi ada syaratnya

Tuan rumah berhak menaikkan kadar sewa dua kali ganda daripada jumlah asal. -Gambar hiasan AI

DALAM fasa ekonomi yang semakin mencabar masa kini, ramai mula bersikap 'berkira' bagi memastikan perbelanjaan dikeluarkan terkawal. 

Bukan sahaja barangan dapur tetapi perbelanjaan isi rumah mahupun bil utiliti juga turut dikawal ekoran kadar turun naik harga yang tidak menentu.

Pun begitu, ramai terlepas pandang kadar sewa rumah juga boleh meningkat dua kali ganda daripada jumlah asal oleh pemilik.

Menjelaskan perkara tersebut, seorang peguam dikenali sebagai Ray di laman Threads menjelaskan kenaikan dua kali ganda boleh dibuat pemilik mengikut Seksyen 28(4)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Berdasarkan undang-undang tersebut, tuan rumah boleh menuntut kadar sewa dua kali ganda daripada amaun asal bila mana tempoh penyewaan telah tamat tetapi penyewa masih mahu terus menetap di kediaman sama.

"Ramai yang tidak tahu di bawah Seksyen 28(4)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956, tuan rumah boleh atas pilihannya, mengenakan dua kali ganda kadar sewa yang sepatutnya dibayar.

"Contoh mudah, sewa bulanan RM1,500 dan tempoh perjanjian sewa telah tamat tetapi penyewa masih belum menyerahkan milikan premis.

"Dalam situasi itu, tuan rumah boleh memilih untuk menuntut RM3,000 sebulan dan tuntutan boleh dibuat sehingga penyewa menyerahkan semula milikan premis," katanya. 

Namun, Ray dalam masa sama turut menasihati semua pemilik kediaman agar tidak mengenakan kenaikan tanpa memahami hak serta prosedur undang-undang yang sewajarnya.

Hak untuk menuntut 'double rent' menurutnya bergantung kepada situasi dan fakta setiap kes serta terma perjanjian sewaan.

Sementara itu, bagi penyewa yang berhadapan masalah, mereka boleh mendapatkan nasihat guaman atau membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

Artikel Lain