MUSIM cuti sekolah sempena sambutan Hari Kebangsaan selalunya dimanfaatkan ramai untuk pulang ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.Namun bagi sesetengah pasangan, hasrat untuk pulang ke kampung bukan semudah yang disangka, terutama apabila berdepan kekangan kewangan. Situasi itu turut dikongsikan seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa selepas ibu mentuanya mempersoalkan keadaan kewangan mereka apabila suaminya memberitahu tiada bajet untuk pulang ke kampung.Menurut wanita tersebut, respons yang diterima suaminya daripada ibu kandungnya sendiri nyata membuatkan hatinya rasa kurang senang.Memilih pulang ke kampung sempena cuti sekolah semestinya memerlukan belanja yang bukan sedikit, lebih-lebih lagi bagi yang berkeluarga. -Gambar hiasan AI"Suami beritahu mak dia, tak ada duit nak balik kampung. Mak mentua jawab... aik, bini dapat KWSP, takkan licin?" katanya menerusi satu perkongsian di Threads.Terkilan dengan jawapan itu, wanita berkenaan menegaskan bahawa wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tersebut adalah hak peribadinya dan tidak sepatutnya dijadikan isu atau bahan pertikaian apabila suaminya tiada duit."Duit aku, suka hati akulah. Kau patut suruh anak kau cari duit. Takkan setiap kali nak balik kampung, pergi jalan semua tu kena guna duit aku," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tengah sarat mengandung, wanita stres keluarga mentua nak tumpang tidur rumah 4 hari - “Bilik ada tiga, ruang tamu sangat kecil”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal ‘order’ menu kambing, suami herdik tak bertimbang rasa! Rupanya marah sebab bapa mentua bayar bilLebih mengecewakan, wanita itu mendakwa ibu mentuanya tidak mengetahui bagaimana dia banyak membantu keluarga sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suami."Dia tak tahu macam mana kita tolong anak dia selama berkahwin. Semua salah bini. Adoilah," ujarnya lagi.Tidak berkongsi lanjut mengenai lokasi kampung mentuanya, wanita tersebut berpendapat wang simpanan peribadi yang dimiliki isteri tidak seharusnya dianggap sebagai sumber kewangan utama keluarga. Seorang wanita kecewa apabila ibu mentua mempersoalkan wang KWSP miliknya.Suami memberitahu ibu mentua bahawa mereka tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung.Ibu mentua kemudian bertanya sama ada wang KWSP menantunya itu sudah habis.Wanita berkenaan menegaskan wang KWSP itu adalah simpanan peribadinya.Luahan tersebut mendapat perhatian warga maya yang menyifatkan mentua tak seharusnya sibuk mengenai simpanan menantu.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, luahan wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya memahami rasa terkilan dialaminya.Ramai yang berpendapat wang KWSP adalah hasil titik peluh wanita tersebut yang berhak digunakan mengikut keperluan dan perancangannya sendiri."Dah kenapa sibuk duit menantu pula?"Paling tak suka mentaliti macam ni. Apabila anak lelaki tak cukup duit, terus tengok poket bini," demikian antara komen netizen.