Mendidik anak agar bertanggungjawab dan berdisiplin sejak kecil akan membantu membentuk peribadi yang lebih matang serta berdikari. -Gambar hiasan AI
SOAL mendidik anak memang memerlukan pendekatan tersendiri.Ada ibu bapa memilih cara lembut, manakala sesetengahnya lebih tegas demi memastikan si kecil membesar sebagai individu berdikari dan bertanggungjawab.Pendekatan tegas itu dikongsikan seorang wanita mengenai cara suaminya mendidik anak lelaki sulung mereka yang kini berusia lapan tahun."Anak sulung lelaki aku yang berusia lapan tahun sekarang tengah fasa 'benci mak dan ayah'. Sebabnya, semua benda dia kena buat ikut masa dan disiplin ketat."Ayahnya pula askar, jadi bila bagi arahan memang kena cepat buat dan tak boleh lambat-lambat. Lagi bertambah sakit hatilah anak tu," luahnya.Lelaki yang biasa melakukan kerja rumah akan lebih berdikari dan tidak menganggap tugas domestik sebagai sesuatu yang hanya perlu dilakukan oleh wanita. -Gambar hiasan Tambahnya menerusi hantaran di Threads, anak lelakinya dilatih bangun seawal pukul 5.30 pagi untuk mandi dan menunaikan solat subuh berjemaah di masjid tanpa mengira sama ada hari persekolahan atau cuti."Tak boleh dengar merengek sebab air sejuk atau whatever. Kemas katil lipat selimut. Balik masjid, cuci kasut sekolah. Tolong mak buat itu ini. Dia protes tapi tetap buat,"ujarnya. Wanita itu mengakui ada kalanya terbit rasa kasihan melihat anaknya itu seolah-olah terpaksa mengikut rutin harian yang agak ketat.ARTIKEL BERKAITAN: “Lelaki bila bagi muka macam ni la jadi” - Wanita letih suami tiada 'fungsi'! Agama 'ke laut', hujung bulan minta pinjam duitARTIKEL BERKAITAN: Ralit dengar aunty Cina cerita cara didik anak, rupanya tak perlu tegas sangat... Paling penting ibu bapa jangan ego minta maafNamun ujarnya, suaminya meminta agar dia tidak mudah lembut hati kerana berpendapat disiplin perlu diterapkan sejak anak masih kecil."Suami pesan... biar dia benci kita sekarang, habis dah waktu bermanja. Berapa ramai suami luar sana pemalas. Jadikan isteri hamba dekat rumah. Aku tak nak menantu aku jadi kuli, urus rumah seorang... suami terkangkang main telefon," ujarnya.Di akhir perkongsian, wanita itu menitipkan kata-kata penuh kasih sayang buat anak sulungnya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan bantuan yang diberikan kepada keluarga.Seorang wanita berkongsi cara suaminya mendidik anak lelaki sulung mereka yang berusia lapan tahun dengan tegas.Suaminya yang merupakan seorang askar menetapkan rutin dan disiplin ketat kepada anak mereka.Anak lelakinya perlu bangun 5.30 pagi setiap hari termasuk ketika cuti sekolah.Dia mengakui kadangkala kasihan melihat anaknya, namun suami mahu dia terus tegas.Warga maya kagum dengan didikan tersebut dalam membentuk anak lelaki yang berdikari.Ringkasan ini dijana oleh AI"Terima kasih selalu tolong mak. Jaga adik, tolong ayah. Rajin, selalu belajar. Mak sayang kamu sangat-sangat," tulisnya.Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya kagum dengan pendekatan suaminya dalam menerapkan disiplin serta sikap bertanggungjawab kepada anak sejak kecil.Mereka menyifatkan didikan tegas tersebut sebagai satu bentuk persediaan untuk anak lelaki membesar sebagai individu yang berdikari, selain tidak menganggap kerja rumah sebagai tanggungjawab wanita semata-mata.