PERCERAIAN bukan alasan bagi mana-mana individu untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.Meskipun hubungan suami isteri sudah berakhir, kebajikan serta nafkah anak tetap wajib diberikan, malah kehadiran ibu dan bapa diperlukan sepanjang proses mereka membesar. Namun, lain pula kisah dikongsikan wanita ini apabila bekas suaminya didakwa ‘ghaib’ selama 10 tahun, tiba-tiba muncul di kolej untuk mencari anak mereka.Dia yang terkejut dengan perkara tersebut turut meluahkan rasa tertekan dan bimbang dengan kemunculan lelaki tersebut. "Rasa tertekan pula bekas suami cari anak di kolej, 10 tahun tak pernah datang tengok anak-anak dan tak bagi nafkah," luahnya di Threads.Menjaga kebajikan anak tanpa bantuan pasangan bukanlah tugas mudah. -Gambar hiasan AIMengimbau kehidupan selepas penceraian berlaku, pengadu yang menanggung segala kos pendidikan dan kehidupan anak-anak selain dibantu oleh ahli keluarganya.Malah katanya, dia pernah cuba meminta nafkah daripada bekas suami, namun dimarahi isteri baharu lelaki itu.Tidak hanya itu, nombor telefonnya turut disekat."Pernah minta nafkah tapi masa tu isteri baru yang angkat dan jawab nak lapor polis kalau saya minta duit nafkah. Sejak hari itu tak hubungi dan dia sekat nombor telefon saya."Saya dibantu oleh ibu bapa dan adik-adik yang belikan baju raya anak-anak," ujarnnya mengimbau kejadian yang berlaku.Bekas suami seorang wanita didakwa tiba-tiba muncul mencari anaknya di kolej selepas 10 tahun menyepi tanpa memberikan nafkah.Wanita itu mendakwa segala kos kehidupan dan pendidikan empat anak ditanggungnya dengan bantuan ibu bapa serta adik-beradik.Usahanya meminta nafkah sebelum ini didakwa menerima tentangan isteri baharu bekas suaminya, malah nombor telefonnya turut disekat.Anak-anak yang mengetahui konflik tersebut dikatakan terlalu kecewa sehingga ada yang mahu menukar nama berbinkan ‘Abdullah’, namun ditegur oleh ibu mereka.Netizen menasihatkan agar hubungan anak dan bapa tidak diputuskan, sebaliknya nafkah tertunggak serta perbelanjaan berkaitan dituntut.Ringkasan ini dijana oleh AIJusteru, dia tidak menyangka apabila anak-anaknya sudah meningkat dewasa dengan dua daripadanya belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), bekas suami datang mencari mereka. "Apabila anak-anak dah masuk IPTA dua orang, dan dua lagi bersekolah menengah, tiba-tiba dia datang nak jumpa."Mujurlah masa tu anak sudah balik," tambahnya sambil menyatakan kesemua anaknya mengetahui setiap kejadian yang berlaku sehingga mengundang perpisahan.Menurutnya, kekecewaan dialami menyebabkan ada antara anaknya yang meluahkan keinginan untuk menukar nama bapa supaya berbinkan ‘Abdullah’."Anak-anak tahu semuanya, tapi itulah... mereka benci sehingga mahu tukar bin kepada Abdullah. Saya selalu nasihatkan jangan benci bapa mereka. Saya pun tak tahu nak kata apa, cuma nasihat bahawa dia masih bapa kamu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tuntut hak jagaan 3 zuriat... Selepas selidik rupanya sudah cacat akibat kemalangan - “Saya yakin dia nak anak-anak mengasuh”ARTIKEL BERKAITAN: Penat ‘mengemis’ nafkah anak, wanita serah hak penjagaan pada bekas suami - “Biar dia rasa pakai duit banyak mana”Mengimbas kembali keretakan rumah tangganya, wanita itu berkata dia dan bekas suami berpisah secara baik tanpa sebarang pergaduhan.Menurutnya, perceraian berlaku selepas lelaki tersebut mahu berkahwin lagi, namun 'orang ketiga' enggan hidup bermadu lalu meminta suaminya membuat pilihan.Bekas suaminya kemudian memilih wanita lebih muda sebelum mereka membawa haluan masing-masing.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai memintanya supaya tidak membenarkan anak-anaknya berjumpa dengan lelaki terbabit selain menyarankan supaya anak-anaknya menuntut nafkah yang tertunggak."Jangan pisahkan hubungan anak dengan ayag tapi anak-anak kena juga tuntut nafkah dan segala bayaran yang tertunggak."Tanya dia kenapa tiba-tiba cari, kalau nak tolong bayarkan yuran dan nafkah tertunggak bolehlah jumpa," demikian reaksi netizen.