SETIAP anak pastinya mendambakan kasih sayang, perhatian dan sokongan daripada seorang ayah.Namun, seorang gadis mendakwa dia berpeluang merasai semua itu kerana membesar dengan bapa yang panas baran. "Saya rasa terkilan dan kurang hormat dengan ayah saya. Dia campak makanan yang saya masak dekat lantai. Tak sempat dijamu pun.Membesar dengan bapa yang panas baran boleh meninggalkan trauma terhadap anak-anak. -Gambar hiasan "Puncanya dia marah saya sebab keputusan akademik adik teruk. Dia salahkan saya sebab tak pantau adik. "Saya dah hadap benda ni dari kecil. Saya sedih sangat. Ayah layan mak dan adik beradik saya macam hamba," dakwanya.Menurut gadis itu, pelbagai kejadian yang berlaku turut meninggalkan trauma yang membuatkan dia takut untuk berhadapan dengan bapanya.Seorang anak luah rasa kecewa terhadap sikap panas baran bapanya.Dia mendakwa dilayan seperti hamba oleh bapanya sejak kecil lagi.Gadis itu sedih makanan yang dimasak olehnya dilempar oleh ayahnya.Bapanya mengamuk kerana keputusan akademik adiknya yang teruk.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cuba bayangkan. Saya kena belajar, kena masak, kena buat kerja rumah. Ini semua saya kena buat hari-hari."Saya trauma. Sampai tak boleh nak pandang mata ayah. Kadang kami tak bercakap berminggu-minggu. Dengan orang luar saya okey saja."Saya tiada niat nak buka aib ayah. Saya cuma nak meluah dan dapatkan kata-kata semangat. Saya nak keluar daripada masalah ini," luahnya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Kepala ‘melekat’ dekat stereng kereta! Bapa tergamak hentak anak gadis, baran tak reti ‘reverse parking’ARTIKEL BERKAITAN: “Abah cekik leher along!” - Adik saksi bapa panas baran, 6 beradik hilang rasa hormat... Masa sakit seorang pun tak jengukDi ruangan komen, majoriti netizen meninggalkan komen positif dan memberi kata-kata semangat agar pengadu tabah menjalani hidupnya."Bila dah kuat mental, fizikal dan kewangan. Keluarlah dari rumah itu. Mulakan hidup baharu."Dah kenapa tanggungjawab kau nak ajar adik? Bapak kau yang patut ajar anak," tulis netizen.