suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tampar diri sendiri, menangis depan anak gara-gara squishy hancur terbelah dua - “Aku marah sebab benda itu mahal”

Permainan squishy menjadi kegilaan kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

BAGI ibu bapa, membelikan mainan merupakan salah satu cara untuk mereka menggembirakan anak-anak.

Namun menurut seorang wanita, dia berdepan tekanan emosi apabila mainan yang dibeli langsung tidak dihargai anaknya.

"Gagal ke aku jadi ibu? Aku belikan dia mainan squishy. Aku terpaksa carik-carik squishy tu sebab anak aku dah belah dua.

Anak-anak perlu dididik agar menghargai pemberian ibu bapa -Gambar hiasan AI

"Padahal baru je sampai, tak sempat main pun lagi. Aku pukul tangan anak sekuat hati sebab benda tu rosak walaupun baru je beli.

"Dua hari lepas pun sama. Dia cucuk squishy. Aku marah sebab benda tu mahal, harga lebih RM7. Beli sebab kesian dekat anak," luahnya.

Menurut wanita itu, dia juga tumpah air mata kerana sudah penat mengajar anaknya untuk menghargai barangan yang dibeli.

  • Wanita mengamuk kerana anak tak hargai mainan yang dibeli.
  • Dia bengang squishy yang baru dibeli putus dibelah anaknya.
  • Wanita itu juga menangis kerana penat ulang benda yang sama.
  • Netizen minta wanita itu sabar dan ajar anaknya buat squishy sendiri.

"Aku mengamuk. Aku tanya, tak sayang ibu ke? Semua yang adik nak ibu beli. Ibu kesian orang lain dapat mainan, tapi adik tak dapat.

"Susah tau nak dapat duit. Aku pun tampar diri sendiri sebab dah penat, berbuih cakap suruh jaga elok-elok barang yang dibeli.

"Aku ibu yang jahat ke? Penat tak tahu nak cakap macam mana bagi dia faham. Aku nangis depan anak sebab dah tak tahan," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata saya dan suami biasa-biasa saja” - Anak comel macam mix, ibunya pun pelik... petua lentik bulu mata nenek mungkin menjadi!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah penat masak, anak pula menangis... Isteri naik angin suami syok main telefon, sentap dijerkah terus hempas pintu!

Di ruangan komen, ramai netizen meminta wanita itu lebih bersabar dalam mendidik anak, malah mereka tuurt berkongsi idea untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

"Dah tak payah beli squishy. Nanti buka TikTok, tengok tutorial cara buat squishy. Beli bahan dan ajak dia buat sama-sama.

"Kamu tak gagal. Anak belum tahu nilai duit. Dia cuma ada sifat ingin tahu. Squishy tu kan kenyal, sebab tu dia belah, nak tahu dalamnya ada apa.

"Kalau dia nak, dia kumpul duit sendiri. Mungkin dari situ dia akan belajar cara hargai barang," tulis netizen.

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia