SEORANG ibu tunggal sanggup beralah dengan berpindah keluar dari rumahnya sendiri hanya kerana inginkan ketenangan dan ruang peribadi lebih selesa buat diri dan tiga anaknya.Ceritanya, dia memilih untuk mengalah memandangkan rumahnya itu terlalu 'sesak' kerana adik-beradiknya turut menetap di situ. Kata wanita itu, dia rimas dengan persekitaran rumahnya selain enggan menanggung keluarga adik-beradiknya lagi.Ibu tunggal perlu bekerja keras demi memastikan kebajikan anak-anak terbela. -Gambar hiasan AI"Ada adik saya yang tinggal bersama anaknya lapan orang! Saya ada tiga orang anak, jadi privasi memang tidak ada," luahnya di Threads.Menurutnya lagi, dia bukan sahaja menyediakan tempat tinggal tetapi turut menanggung segala perbelanjaan rumah termasuk makan dan minum mereka.Katanya dia bukan mengungkit malah tidak tergamak meminta mereka mengeluarkan belanja atau berpindah keluar kerana adik-beradiknya tidak mampu.Ibu tunggal sanggup keluar dari rumah sendiri demi mendapatkan ruang peribadi yang lebih selesa bersama tiga anaknya.Rumah berkenaan turut dihuni adik-beradik serta lapan anak mereka.Dia mendakwa menanggung sepenuhnya makan minum, bil utiliti dan keperluan pendidikan anak-anak saudaranya sehingga ke universiti.Enggan terus menanggung keluarga adik-beradiknya.Netizen menyokong keputusannya dan menasihatkan supaya mengutamakan kebahagiaan serta keperluan diri dan anak-anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cuma saya nak rumah hanya saya dan anak-anak memandangkan saya ibu tunggal dan breadwinner keluarga. Saya cuma nak ada bilik sendiri," ujarnya.Disebabkan itu dia sanggup mengalah dengan mencari rumah sewa lain untuk didiami bersama anak-anak."Jangan suruh keluarga saya keluar (pindah). Saya sendiri yang nak keluar," katanya yang tinggal di Johor Bahru.ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis tak larat tanggung keluarga, geram adik-beradik malas kerja... Isteri pasrah nafkah kerap tertunggakARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak izin kahwin, suruh tanggung adik-adik sambung belajar... Wanita anak sulung sedih impian hidup bahagia dipandang remehDilema dihadapinya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati kerana dia terpaksa mengorbankan keselesaan serta keperluan diri sendiri demi adik-beradik."Kalau macam itu, sis kumpul duit dan terus keluar. Jangan biar mereka mengambil kesempatan."Bahagiakan diri awak dengan anak-anak. Biar mereka belajar berdikari selepas awak keluar dari rumah itu nanti," antara reaksi warga maya.