suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Rohingya bawa anak ‘menyelit’ kenduri abang, keluarga tergamam tiba-tiba duduk makan - “Dia salam kaut bagi tisu”

Ada sebahagian tetamu tanpa rasa malu sanggup datang ke majlis kenduri tanpa diundang. -Gambar hiasan AI

ISU membabitkan Rohingya bagaikan tiada kesudahan, terbaru sebuah keluarga terkejut apabila pasangan etnik itu bersama anak mereka hadir ke majlis kenduri tanpa diundang.

Menurut seorang wanita pada awalnya ibunya menyangka pasangan berkenaan merupakan kenalan abangnya sebelum menyedari mereka sebenarnya tetamu tidak diundang.

"Rohingya suami isteri dan anak masuk waktu tetamu tengah ramai. Semua tergamam sebab tiba-tiba nampak mereka sudah duduk makan.

Kehadiran tetamu yang tidak diundang boleh mencetuskan situasi di luar jangka. -Gambar hiasan AI

Kehadiran tetamu yang tidak diundang boleh mencetuskan situasi di luar jangka. -Gambar hiasan AI

"Bila tanya abang, dia pun tak kenal. Masa mereka salam ibu bapa dan nak ambil cenderamata, ibu tanya siapa mereka tetapi tak faham apa yang mereka cakap," katanya.

Lebih mengejutkan, wanita Rohingya berkenaan turut memarahi ibunya kerana meminta cenderamata untuk dibawa pulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik Vellfire terkejut dapat tempahan bawa pengantin Rohingya, majlis meriah! - “Ini gaya nak beranak pinak di Malaysia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat you orang Malaysia?” - Jururawat kerajaan tengking wanita Rohingya buat kacau di klinik, berani pertikai kos rawatan!

"Nak balik, mereka salam seperti biasa dengan si isteri salam kemudian marah mak sebab dia nak cenderamata. 

"Si suami pula salam kaut ayah dengan bagi tisu kosong sebelum mereka bergegas keluar," katanya.

  • Pasangan Rohingya didakwa hadir kenduri tanpa diundang.
  • Tiga individu itu terus duduk makan bersama tetamu.
  • Abang wanita berkenaan turut mendakwa tidak mengenali mereka.
  • Wanita itu didakwa marah ketika meminta cenderamata.
  • Warga maya turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya dengan ramai beranggapan golongan tersebut kian melampau.

"Kami pun dah kena waktu kenduri abang. Berderet bawa anak ramai-ramai, kami ingat tu belah pengantin perempuan rupanya bukan.

"Pernah jadi dekat kenduri kawan, anak-anak Rohingya datang lepas makan. Sudah makan mereka minta bungkus pula," komen warga maya.

Artikel Lain