ISU membabitkan etnik Rohingya di Malaysia terus menjadi perhatian apabila komuniti pelarian yang sering dikaitkan dengan kehidupan serba kekurangan itu dikesan mampu menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk menjayakan sebuah majlis perkahwinan.Seorang individu dikenali sebagai Hairul Nizam berkongsi pengalamannya mengambil tempahan membawa pasangan pengantin Rohingya ke sebuah dewan majlis di Puchong, Selangor. "Meriah majlis perkahwinan Rohingya. Hari ni saya dapat tempahan sewa kereta Vellfire saya. Yang buat tempahan pula warga tempatan. "Apabila sampai je, nampak pengantin macam... eh, geng dia saja ni (Rohingya)," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Ahad.Menurut Hairul, majlis perkahwinan yang berlangsung dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang itu turut dihadiri ramai tetamu daripada komuniti berkenaan.Selain itu, terdapat juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas bagi mengawal lalu lintas di sekitar lokasi.Melihat kemewahan dan suasana majlis tersebut, Hairul menyuarakan kebimbangan serta persoalannya mengenai status dan masa depan komuniti itu di negara ini."Ini bukan gaya nak balik sana. Ini gaya nak terus beranak pinak dekat Malaysia. Kedua-dua pengantin memang orang Rohingya. "Saya sempat interview masa dalam perjalanan. Tengok pengantin perempuan macam budak lagi, umur mungkin dalam 15 atau 16 tahun sahaja."Begitulah Malaysiaku. Semakin di penuhi puak hanyut ni," katanya.