Aplikasi TCL Home membolehkan pengguna memantau penggunaan tenaga secara masa nyata serta mengawal suhu ruang kediaman dari jarak jauh sebelum tiba di rumah.
MEMILIKI kediaman idaman bukan sekadar soal memilih rumah dengan lokasi dan reka bentuk yang tepat, sebaliknya kelengkapan di dalamnya turut memainkan peranan penting dalam mencipta kehidupan yang lebih selesa. Daripada penghawa dingin yang memastikan ruang kekal nyaman, peti sejuk yang membantu mengekalkan kesegaran makanan, mesin basuh yang memudahkan rutin harian hinggalah televisyen sebagai medium hiburan keluarga, pemilihan peralatan rumah yang tepat menjadi keutamaan pemilik kediaman moden. Kenaikan kos elektrik, saiz kediaman yang semakin kompak serta keinginan untuk memiliki kehidupan yang lebih terhubung mendorong pengguna mencari peralatan rumah yang bukan sahaja tahan lasak, malah cekap tenaga, praktikal dan direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden.Bagi memenuhi kriteria tersebut, jenama The Creative Life (TCL) yang sememangnya dikenali sebagai antara peneraju global teknologi paparan, kini memperluaskan rangkaian produknya bagi membentuk ekosistem kediaman lengkap.Daripada penghawa dingin dan peti sejuk hinggalah mesin basuh serta televisyen, TCL menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk rumah moden.Reka bentuk mengutamakan penggunaAntara faktor yang menyokong perkembangan TCL di peringkat global ialah fokus terhadap reka bentuk yang mengutamakan pengalaman pengguna.Sejak 2020, jenama itu telah meraih lebih 100 anugerah reka bentuk berprestij antarabangsa, termasuk iF Design Award dan Red Dot Design Award dari Jerman.Pengiktirafan tersebut mencerminkan usaha TCL menghasilkan produk yang bukan sahaja berfungsi dengan baik, malah mempunyai estetika yang sesuai dengan gaya kehidupan masyarakat urban yang tinggal di ruang kediaman berkepadatan tinggi.Kilang pintar berteraskan AITCL membangunkan infrastruktur pembuatan berteknologi tinggi bagi memastikan ketepatan operasi dan pengeluaran.Di TCL Air Conditioner Guangzhou Intelligence Manufacturing Base, sebuah pusat kawalan berteraskan kecerdasan buatan (AI) mengawasi proses membuat keputusan serta penjadualan pengeluaran secara masa nyata.Menurut pengurus besarnya, Li Xinan, sistem pusat tersebut mampu melakukan sehingga 30 petaflop pengiraan sesaat dan memproses data daripada lebih 17,000 sensor Internet of Things (IoT) yang ditempatkan di sepanjang barisan pemasangan automatik.“Dengan mengintegrasikan simulasi dan reka bentuk AI secara menyeluruh sejak peringkat pembinaan, kami meningkatkan kecekapan operasi keseluruhan sebanyak 41 peratus,” katanya.Pendekatan ketepatan tinggi itu turut digunakan di kilang barangan elektrik TCL yang lain.Di barisan pengeluaran peti sejuk misalnya, mesin pengecap automatik mampu menghasilkan keseluruhan rangka kabinet logam dalam tempoh hanya 15 saat, manakala sistem penglihatan komputer berasaskan AI digunakan untuk memeriksa kemasan setiap unit.Kawalan kualiti pula dilakukan melalui beberapa peringkat pemeriksaan iaitu Material Quality Control (MQC), Process Quality Control (PQC) dan Outgoing Quality Control (OQC).Malah, TCL turut mempunyai program insentif dalaman yang memberikan ganjaran kewangan kepada pekerja yang mengenal pasti kelewatan dalam aliran kerja serta mencadangkan penambahbaikan pada barisan pemasangan.Teknologi penyejukan pintarBagi pengguna di Malaysia yang berdepan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, penggunaan penghawa dingin sememangnya menjadi satu keperluan.Namun, penghawa dingin konvensional kadang kala menyejukkan ruang secara berlebihan sekali gus menyebabkan rasa tidak selesa serta penggunaan tenaga yang lebih tinggi.Justeru, TCL membangunkan teknologi penghawa dinginnya dengan pendekatan kecerdasan aktif.“Kami telah mengubah penghawa dingin daripada unit yang hanya bertindak balas kepada keadaan, kepada satu perkhidmatan berasaskan kecerdasan aktif,” kata Li.Menurutnya, kajian pasaran tempatan yang dilakukan secara meluas mendapati penyejukan berlebihan antara punca utama ketidakselesaan pengguna.Teknologi kawalan iklim dipamerkan di hab pembuatan TCL di Guangzhou. Dibangunkan menerusi barisan pemasangan automatik yang dikawal oleh pusat pengkomputeran berpusat, setiap unit menjalani ujian makmal yang ketat serta pemeriksaan kualiti berperingkat sebelum dipasarkan kepada pengguna.Bagi mengatasinya, TCL membangunkan algoritma yang mengimbangi suhu dan kelembapan secara dinamik bagi mengekalkan kelembapan relatif dalam lingkungan 40 hingga 60 peratus, yang dianggap sebagai zon keselesaan optimum.Dari aspek penggunaan tenaga pula, cip T-AI terbina dalam menggunakan teknologi deep-learning untuk menjangka perubahan beban haba dalam ruang.Ujian SGS pihak ketiga turut mengesahkan bahawa penghawa dingin TCL dalam mod AI ECO mampu mencapai penjimatan tenaga sehingga 37 peratus dalam tempoh tiga jam.Makanan kekal segar lebih lamaMenyimpan bahan beraroma seperti rempah, sos dan makanan segar dalam peti sejuk yang sama boleh menyebabkan pemindahan bau serta menjejaskan rasa.Bagi mengatasi masalah ini, peti sejuk TCL menggunakan sistem penyejukan berkembar bersama teknologi penulenan menyeluruh.Litar penyejukan berasingan untuk ruang peti sejuk dan pembeku menghalang peredaran silang udara antara kedua-dua ruang, sekali gus membantu mengekalkan rasa semula jadi makanan.Rangkaian peti sejuk berbilang pintu, mesin basuh dan mesin pengering TCL dipamerkan di dewan pengalaman produk jenama itu. Direka untuk kediaman bandar berkepadatan tinggi, peralatan berkenaan menampilkan reka bentuk menjimatkan ruang, engsel yang boleh dipasang rapat dengan kabinet serta operasi yang sangat senyap.Teknologi All-Around Purification pula menggabungkan T-Fresh di ruang peti sejuk dan Pure Air di ruang pembeku untuk membantu mengurangkan bakteria, meneutralkan bau serta mengekalkan kesegaran makanan.Untuk penyimpanan jangka panjang, ruang pembeku konvensional untuk makanan laut dan daging boleh menghasilkan ketulan ais yang besar sekali gus berpotensi merosakkan dinding sel makanan, menyebabkan tekstur daging menjadi kering, kelabu dan tidak lagi segar selepas dinyahbeku.“Penyelesaian TCL menggabungkan -40°C Deep Freezing bersama Magnet Fresh 360° bagi menghalang pembentukan kristal ais tajam yang boleh merosakkan dinding sel, sekali gus mengurangkan kehilangan nutrien dan kelembapan ketika proses penyahbekuan,” jelas Timbalan Pengurus Besar Unit Perniagaan TCL, Andy Li.Selain itu, teknologi penebat 100μm mikroliang berketumpatan rendah yang baharu membolehkan ketebalan dinding kabinet dikurangkan sebanyak 10 peratus.Ia juga memberikan tambahan kapasiti penyimpanan dalaman sehingga 50 liter, tanpa memerlukan rangka kabinet yang lebih besar.Cucian lebih bersih, fabrik terpeliharaBagi rakyat Malaysia, kekerapan menukar pakaian akibat cuaca panas dan lembap boleh menyebabkan longgokan pakaian untuk dicuci setiap hari.Namun, kitaran cucian pantas pada mesin basuh konvensional tidak semestinya mampu menanggalkan kesan peluh dengan berkesan."Kami fokus dalam membangunkan produk TCL berasaskan empat teras utama iaitu prestasi, kesihatan, kecerdasan dan reka bentuk," ujar Timbalan Pengurus Besar Unit Perniagaan TCL merangkap Pengurus Besar Produk Mesin Basuh, Swain Shan.Teknologi Super Drum menggunakan diameter dram berukuran 540mm, meningkatkan ketinggian jatuhan pakaian ketika proses cucian, sekali gus membantu menghasilkan cucian lebih mendalam sambil mengurangkan kehausan fabrik.Untuk isi rumah yang sentiasa mengejar masa, mod Turbo Speed pula memendekkan kitaran standard 49 minit kepada hanya 38 minit, tanpa menjejaskan tahap kebersihan cucian.Ia membantu pengguna menjimatkan masa, air dan elektrik.Malah, mereka yang gemar membasuh pakaian pada lewat malam juga tidak perlu khuatir mengganggu jiran kerana mesin TCL menjalani ujian akustik bagi memastikan bunyi ketika putaran kekal di bawah 70 desibel.Model lebih premium turut dilengkapi teknologi Generative AI yang menilai berat muatan dan tahap kekotoran pakaian sebelum mengoptimumkan parameter cucian.Shan menambah, strategi pembuatan global TCL banyak mengintegrasikan prinsip ESG, termasuk penggunaan bahan yang boleh dikitar semula serta usaha mengurangkan penggunaan tenaga ketika operasi.Pengalaman visual ala pawagam di rumahSebagai pusat hiburan utama di ruang tamu, televisyen terus menjadi antara produk penting dalam kehidupan moden.TCL terus memperkukuhkan teknologi paparan menerusi teknologi utamanya.Televisyen ultra nipis TCL yang dilengkapi teknologi SQD-Mini LED menawarkan tahap kecerahan puncak yang tinggi, kawalan local dimming yang lebih tepat serta ketepatan warna mengikut gamut BT.2020.Skrin LCD konvensional sering berdepan masalah kebocoran cahaya dan kawasan gelap yang kelihatan kurang jelas kerana ‘tingkap’ kristal cecair tidak mampu menghalang cahaya sepenuhnya.Teknologi Systematic Quality Display-Mini (SQD) LED TCL menangani isu tersebut dengan menggunakan ribuan zon local dimming yang beroperasi secara berasingan.Apabila digabungkan dengan bahan SQD quantum dot, teknologi berkenaan menghasilkan tahap kecerahan puncak yang tinggi serta kontras lebih mendalam.Ia turut menghasilkan warna yang lebih padu dan tepat mengikut gamut warna BT.2020.Ditambah dengan kadar penyegaran tinggi serta reka bentuk ultra nipis sehingga hanya 20mm, televisyen tersebut direka untuk menjadi hab hiburan rumah yang lebih imersif.Teknologi untuk kediaman moden rakyat MalaysiaGabungan pembuatan berasaskan AI, reka bentuk industri yang menerima pengiktirafan antarabangsa serta teknologi yang disesuaikan dengan keperluan pasaran tempatan menunjukkan bagaimana peralatan rumah moden boleh menggabungkan ketahanan, prestasi tinggi dan sambungan pintar dalam satu ekosistem.Bagi TCL, teknologi rumah bukan sekadar tentang fungsi peralatan, tetapi turut membantu memastikan kediaman lebih selesa, makanan kekal segar, pakaian dicuci dengan cekap dan hiburan di rumah lebih mengasyikkan.Untuk melihat rangkaian lengkap produk TCL, pengguna boleh mengunjungi laman web rasmi TCL atau mendapatkan produk menerusi kedai rasmi TCL di Shopee.