suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa 7.7 magnitud di Indonesia ragut 38 nyawa, Kementerian Luar sahkan 16 pelancong Malaysia selamat

Pasukan penyelamat bertungkus lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud di Nusa Tenggara Timur, awal pagi Sabtu. -Foto media sosial

SERAMAI 16 pelancong Malaysia yang berada berhampiran kawasan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud di Nusa Tenggara Timur, Indonesia, disahkan selamat dan berada dalam keadaan baik.

Gempa berkenaan berlaku sekitar pukul 4.58 pagi Sabtu, waktu tempatan berhampiran Wilayah Nagekeo.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang giat berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terjejas.

"Buat masa ini, kementerian mengesahkan tiada laporan rakyat Malaysia terjejas akibat insiden berkenaan.

"Selain itu, kedutaan berjaya menghubungi sekumpulan 16 pelancong Malaysia yang diketahui berada di kawasan berkenaan dan kesemua mereka disahkan selamat serta berada dalam keadaan baik," menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gempa bumi 7.7 magnitud landa perairan Indonesia, penduduk kongsi video air laut di Labuan Bajo tiba-tiba surut

Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada, mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +6281380813036 atau e-mel [email protected].

Sementara itu, Ketua Agensi Mitigasi Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Suharyanto, dalam sidang media berkata bahawa gempa bumi kuat itu telah menyebabkan 38 orang maut dan ribuan penduduk berpindah keluar untuk menyelamatkan diri.

"Seramai 38 orang disahkan meninggal dunia, dua cedera parah, 11 mengalami kecederaan ringan, manakala kira-kira 2,000 orang telah berpindah untuk menyelamatkan diri," katanya. 

Artikel Lain