suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NSK Grocer buka cawangan ke-11 di RainTreeRain, bawa pengalaman ‘taman runcit’ untuk komuniti setempat

(Dari kiri) Pengarah Urusan JKG Land Berhad, Datuk Teh Kean Ming; Pengarah Eksekutif NSK Grocer, Loh Teck Wah; Ahli Lembaga Pengarah Versatile Creative Bhd, Tan Sri Datuk Seri Mohd Shariff Omar; dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Sri Wira Ayub Yaakob.

BAGI memenuhi keperluan harian komuniti setempat, NSK Grocer kini memperluaskan rangkaiannya dengan pembukaan cawangan ke-11.

Cawangan baharu itu terletak di RainTreeRain, The Era @ Duta North di Jalan Segambut, Kuala Lumpur.

RainTreeRain merupakan sebuah butik taman runcit setinggi tiga tingkat yang turut memiliki boulevard terbuka.

Diilhamkan oleh pokok hujan tropika, pembangunan ini menggabungkan elemen alam semula jadi dengan ruangan berorientasikan komuniti.

Ia juga menampilkan landskap jalan bertema, premis makanan dan minuman (F&B), bazar hujung minggu serta kemudahan kejiranan.

Cawangan baharu NSK Grocer ini menawarkan hasil segar, daging dan makanan laut, barangan runcit, keperluan rumah serta pilihan produk tempatan dan import pada harga kompetitif.

Pembukaan ini merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha mengembangkan NSK Grocer, dengan membawa kesegaran, nilai dan kemudahan harian lebih dekat kepada komuniti setempat.

"Pembukaan NSK Grocer RainTreeRain mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan produk segar, keperluan harian dan nilai terbaik lebih mudah diakses oleh komuniti kejiranan.

"Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada persekitaran runcit berkonsepkan gaya hidup di RainTreeRain dan berharap dapat memberikan perkhidmatan kepada penduduk, pembeli serta pengunjung di Duta North," kata jurucakap NSK Grocer.

NSK Grocer RainTreeRain beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

NSK Grocer turut menawarkan pelbagai promosi bermula 10 hingga 13 Ogos bagi meraikan pembukan cawangan baharunya.

Pada 10 Ogos, mereka menawarkan ayam bulat pada harga RM1 seekor untuk 200 keluarga pertama.

Antara lain, mereka turut menawarkan beras 5kg pada harga RM1 dengan pendaftaran keahlian baharu NSK Grocer yang bernilai RM10 setahun.

Artikel Lain