DUA pelajar berusia 16 tahun dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang awal minggu ini ditemukan selamat berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, pelajar Tingkatan Empat, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, ditemukan kira-kira pukul 10.31 malam, Jumaat. "Salah seorang pelajar mendakwa dia pengsan di lokasi terakhir mereka diketahui berada."Bagaimanapun, kami akan menunggu laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi mengesahkan dakwaan berkenaan," katanya pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar MRSM Alor Gajah hilang… Kali terakhir dilihat di TBSPolis menerima laporan mengenai kehilangan dua pelajar itu daripada seorang guru mereka pada pukul 10.46 malam, Selasa.Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di media sosial melahirkan rasa lega selepas dua pelajar itu ditemukan dalam keadaan selamat.Sebelum ini, dia turut memohon orang ramai mendoakan keselamatan dua pelajar berkenaan serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keberadaan mereka.