DUA pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka dilaporkan hilang dengan lokasi terakhir dilihat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi perkongsian di Facebook memohon orang ramai mendoakan supaya Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. “Di pagi Jumaat barakah ini tolong doakan supaya dua pelajar MRSM Alor Gajah yang hilang kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat,” katanya.Berdasarkan poster hebahan, kedua-dua pelajar tersebut berusia 16 tahun dengan Siti Nur Aaira dilaporkan kali terakhir memakai baju hitam, manakala Nur Aisy Humaira dilihat memakai pakaian gelap.Hebahan itu turut memaklumkan Siti Nur Aaira mempunyai ciri fizikal kulit cerah sederhana, badan kurus dan tinggi.Dia dilaporkan kali terakhir memakai baju hitam.Sementara itu, Nur Aisy Humaira dilaporkan kali terakhir dilihat memakai pakaian gelap.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua pelajar berkenaan diminta menghubungi nombor telefon yang tertera dalam poster hebahan iaitu 013-299 4303, 019-765 2404 atau 019-2370810.